Get your own Digital Clock

Isnin, 12 Disember 2011

Kuih Lopes - Mak Mertuaku....



~Kuih Lopes~



Caranya:-
senang giler cuma klu malas tak boleh nak buat apalah..


Actually, aku plan nak cuba buat Sabtu hari tu tetapi disebabkan mak mertua aku nak datang tanpa disangka2. Aku dah pindahkan (Ahad) projek Kuih Lopes ini pada mak mertua aku..hahahaha (boleh gitu)- bertuah punya menantu.
Bila aku tengok mak mertua aku buat mcm senang jer...tup..tup dah siap
Mula-mula MM aku blend daun pandan, ambil jusnya utk dimasak dengan pulut. Macam masak nasi, tapi separuh masak jer. Guna api kecil takut hangit nanti. Hari tu aku beli pulut susu, tak payah rendam. Boleh terus masak jek. Pastu, layurkan daun pisang utk proses membungkus. Bungkuslah ikut suka nak besar ke, panjang ke, pendek ke???? mcm gambo kat bawah tu.
Dah selesai...
Bolehlah dikukus atau direbus. Ikut suka. Hari tu, mak aku suruh aku rebus tapi aku malas. Aku cakap "kukus jerlah mak senang sikit"
hehehe!!!!

Sebelum

selepas

Setelah 1/2 jam berlalu, bolehlah diangkat. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan disalut dengan parutan kelapa yang telah ditabur garam. Pastu..jgn lupa pulak sediakan air gula merah. Takkan nak makan cam gitu pulakkan. Ok!!! sedia dihidang..ambik kau sekali hadap jer sepinggan. Buat bukan main lamanya, bila bab makan tu tak sampai pun 20 minit. Licin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!