Get your own Digital Clock

Khamis, 27 Disember 2012

Klinik gigi Bestari Sg. Ramal


Minggu lepas, keadaan gigi Aniq makin tak berapa ok ya. Ingatkan gigi aniq yang berlubang tu tak serius sangat. Hari aper ntah luperrr..lak. Dia ckp sakit kat gigi tu. Aku check punya check ada ketulan mcm bisul dkt gusi tepi gigi berlubang tu. Aik!!! serius nie..Lastly semalam petang, aku terjah klinik seperti diatas....tu pun aku dapat dari sumber google. Alhamdulillah..urusan kami berjalan dengan lancar. Nak cari klinik Dr. Kamil nie pun senang (dkt rumah kedai berhampiran dengan gerai satay Willy Kajang) conform jumpa. Rasanya Klinik nie ada buka cawangannya dekat Putrajaya Presint 15.

Aniq cemas jugak bila kata kena cabut. Dan..danlah tak nak makan gula2lah nak berus gigi selalulah. Sudah terlambat yaa..Aniq hahaha!!!! Masa Aniq masuk bilik doktor tu, aku tak ikut. Ayah dia yg follow. Beberapa minit kemudian Aniq keluar dengan keadaan yang keliru, sbbnya bila aku tanya 'sakit tak?? dia tak jawab. Rupanya dia rasa pelik, dia ckp mulut dia mcm senget. Hahaha...kesan dari ubat kebaslah tu. Alhamdulillah dia tak nangis. Syukur semuanya dah selamat.

Rabu, 26 Disember 2012

dia..buat dahhh......


Hari pertama mcm ok. Tu pun, aku bagi alasan nak ke tandas kejap. Masuk hari ke-2 hari nie, dia buat dahhh...drama tak nak gie Tadika. Penat aku pancing dia mcm2 walaupun abgnya ada sekali, Aqil tak peduli masih nak ikut aku. Dah penat pujuk..tak mkn jugak. Cikgunya terpaksa dukung dan bawa dia masuk bilik tengok Tv. Aku rasa..kejap jer dia nangis..tak sampai 2 minit aku pergi mesti dia dah diam. Biasalah..budak, lebih2 lagi tempat baru ..masih tak biasa lagi. Tak perlah..kita tengok hari ke-3 pulak apakah watak yang akan dibawanya. Hahahaha....

Khamis, 20 Disember 2012

Dipermudahkan..dengan izinNya


Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar walaupun tidak seperti yang dirancang. Bak kata pepatah "kita merancang, Allah yang tentukan". Tadika Aqil yang sekarang nie buat perangai lagi. Kata hari tu, Tadika tidak akan beroperasi lagi tahun depan. Oklah..kiranya last pada 31.12.2012. Tup..tup Rabu nie bagi tau..Taska akan ditutup pada 24.12.2012 maknanya aqil last kat taska tu Jumaat nie. Apa pun alasannya pihak pengurusan Taska telah menyusahkan ramai ibubapa dan memberi masalah kepada kami bagi pihak ibubapa.Letih aku..memikirkan kat mana nak letak Aqil minggu depan. Aku bukan tak nak cuti, klu aku kerja tak berkaitan dengan kewangan, boleh jer nak cuti. Tapi disebabkan aku bertanggungjawab memastikan bayaran hujung tahun nie selesai kenalah berkorban utk tidak bercuti.

Nasib baiklah, semalam aku tanya cikgu Taska baru aqil masa buat bayaran pendaftaran. "boleh ker nak transit selama 4 hari utk 2 orang (Aqil & Aniq). Dalam pukul 5.30 petang, cikgu call bagi jawapan. Alhamdulilah...mensukacitakan aku. Dua beradik tu diterima dengan bayaran RM130.00 untuk 4 hari. Alhamdulillah..lega rasanya. Terima kasih cikgu...jasa baik cikgu saya kenang. Kebaikan kejadian ini berlaku:-

1. Aniq boleh tengok Taska baru Aqil
2. Aniq dan Aqil boleh together2
3. Aqil boleh biasakan diri sebelum 2 Januari 2013 utk kelas Taska kat situ.
4. dan yang sewaktu dengannya.....

Selasa, 18 Disember 2012

beberapa hari jer lagi...dah tak lama


Beberapa hari jer lagi...nak masuk tahun baru. Insyaallah klu dipanjangkan umur... rutin akan kembali seperti biasalah. Bangun awal dari biasa tapikan tahun nie akan lebih awal lagi dari tahun lepas. Sebabnya, Aqil dah dikatogerikan dah bersekolah (tadika) tahun depan. Aqil wajib dikejutkan dulu dan disiapkan dulu. Tak dapat bayangkan lagi situasi pagi yang akan kami hadapi tahun depan pada hari pertama...hahaha!!! conform riuh-rendah.

Pastu pulak...tak dapat nak bayangkan lagi penerimaan Aqil di Taska barunya tahun depan. Haruslah...dinginkan. Biasalah...awal2 memang gitu. Tapi..kan, masa abang dia dulu, sambutan pada hari pertama amat memberangsangkan..siap dia cakap "ibu dan ayah baliklah". Teruja aku mendengarkan. Anak orang lain siap, nangis2 lagi. Aniq relax jer..Alhamdulillah...tu kisah 3 tahun yang lalu.

Aniq tahun nie, sempoi sikit. Tak payah aku nak tunggu. Drop jer mcm biasa, pastu pandai2lah dia bawak diri. Bukan apa, cikgu dah warning...ibupada tak perlu tunggu di sekolah kecuali ibubapa bagi pelajar tahun satu sahaja. Kiranya 2 Jan 2012 tu, aku dan amin fokus dekat Aqil jerlah...yang baru nak mengenal alam sekolah dan persekitaran baru nanti.

Rabu, 5 Disember 2012

Rabu..


Malam tadi, tetiba jer..suhu badan aniq panas. Tapi taklah merisaukan sangat..tapi risau jugaklah. Aku pun seperti biasa akan tuamkan dengan kain lembab dibadan dan dahinya. Alhamdullillah anak ibu dah besar, tak merengek lagi mcm dulu. Klu dulu, marah betul klu dituamkan dgn kain basah, sejukkk!!! katanya.

Al-kisahnya, aniq hari nie...tinggal dengan ayahnya yang bercuti rehat. Hehehe~!!!! semoga cepat sembuh dan jgn miss mkn obat ya. Ya..Allah, berikanlah kami kesihatan yang baik. Amin..

Aqil..pulak, sekarang dah berani nak basuh sendiri bila buang air besar. Klu ikutkan sebelum nie, masa aku suruh dia basuh..dia buat keras tangan dia dan menjerit tak nak. Geli kot!!! hehehe....
Mlm tadi aku tengok selamba jer dia basuh tanpa disuruh dan siap mintak sabun lagi. Syabas..Aqil, anak ibu yang nie pun dah semakin pandai dan besar ya. Alhamdulillah...tahun depan, tahap kerisauan ibumu ini dah berkurangan.

Isnin, 3 Disember 2012

Sesi ke-2 pulak


Pagi nie, Aniq akan meneruskan kelas pemantapan Al-Qurannya di Masjid Besi pulak selama 3 minggu. Hari nie, aku tidak perlu menunggu lama kat situ. Just dengar taklimat ibubapa jer..pastu aku tinggalkan Aniq utk aktiviti bersama kwn2 baru, ustaz dan ustazahnya. Sbbnya aku yakin dengan adanya pengalaman dia masa dekat Masjid Putra hari tu, Aniq pasti boleh menguruskan dirinya sendiri. Bukanlah..kata, aku nak lepaskan tanggungjawab cuma nak ajar dia berdikari dan yakin pada diri sendiri. Insyaallah Aniq pasti boleh. Cuma sebelum aku tinggalkan dia tadi, aku tunjukkan toilet kat mana dan dimana dia kena tunggu petang nanti.

Tak sudah disitu jer..aku dan amin berkejar pulak ke Koperasi Sek. Ren. Presint 8(2) utk beli buku Aniq utk Tahun 2. Lagi pun hari nie, first day koperasi dibuka utk ibubapa beli buku. Alhamdulillah masa aku sampai, tak ada saper pun lagi. Jadiknya mudahlah urusan aku hari ini. Tak perlu beratur dan menunggu lama mcm tahun lepas. Berpeluh dibuatnya...hehehe!!!