"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam"
Rabu, 5 Disember 2012
Rabu..
Malam tadi, tetiba jer..suhu badan aniq panas. Tapi taklah merisaukan sangat..tapi risau jugaklah. Aku pun seperti biasa akan tuamkan dengan kain lembab dibadan dan dahinya. Alhamdullillah anak ibu dah besar, tak merengek lagi mcm dulu. Klu dulu, marah betul klu dituamkan dgn kain basah, sejukkk!!! katanya.
Al-kisahnya, aniq hari nie...tinggal dengan ayahnya yang bercuti rehat. Hehehe~!!!! semoga cepat sembuh dan jgn miss mkn obat ya. Ya..Allah, berikanlah kami kesihatan yang baik. Amin..
Aqil..pulak, sekarang dah berani nak basuh sendiri bila buang air besar. Klu ikutkan sebelum nie, masa aku suruh dia basuh..dia buat keras tangan dia dan menjerit tak nak. Geli kot!!! hehehe....
Mlm tadi aku tengok selamba jer dia basuh tanpa disuruh dan siap mintak sabun lagi. Syabas..Aqil, anak ibu yang nie pun dah semakin pandai dan besar ya. Alhamdulillah...tahun depan, tahap kerisauan ibumu ini dah berkurangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hai!!!