Get your own Digital Clock

Selasa, 18 Disember 2012

beberapa hari jer lagi...dah tak lama


Beberapa hari jer lagi...nak masuk tahun baru. Insyaallah klu dipanjangkan umur... rutin akan kembali seperti biasalah. Bangun awal dari biasa tapikan tahun nie akan lebih awal lagi dari tahun lepas. Sebabnya, Aqil dah dikatogerikan dah bersekolah (tadika) tahun depan. Aqil wajib dikejutkan dulu dan disiapkan dulu. Tak dapat bayangkan lagi situasi pagi yang akan kami hadapi tahun depan pada hari pertama...hahaha!!! conform riuh-rendah.

Pastu pulak...tak dapat nak bayangkan lagi penerimaan Aqil di Taska barunya tahun depan. Haruslah...dinginkan. Biasalah...awal2 memang gitu. Tapi..kan, masa abang dia dulu, sambutan pada hari pertama amat memberangsangkan..siap dia cakap "ibu dan ayah baliklah". Teruja aku mendengarkan. Anak orang lain siap, nangis2 lagi. Aniq relax jer..Alhamdulillah...tu kisah 3 tahun yang lalu.

Aniq tahun nie, sempoi sikit. Tak payah aku nak tunggu. Drop jer mcm biasa, pastu pandai2lah dia bawak diri. Bukan apa, cikgu dah warning...ibupada tak perlu tunggu di sekolah kecuali ibubapa bagi pelajar tahun satu sahaja. Kiranya 2 Jan 2012 tu, aku dan amin fokus dekat Aqil jerlah...yang baru nak mengenal alam sekolah dan persekitaran baru nanti.

2 ulasan:

  1. apa tu 'dikatogerikan'? perkataan baru ker?

    =P

    BalasPadam
  2. bahasa pasarlah...

    alah... cikgu bahasa malaysia sorang nie..

    nampak jer??

    BalasPadam

Hai!!!