Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar walaupun tidak seperti yang dirancang. Bak kata pepatah "kita merancang, Allah yang tentukan". Tadika Aqil yang sekarang nie buat perangai lagi. Kata hari tu, Tadika tidak akan beroperasi lagi tahun depan. Oklah..kiranya last pada 31.12.2012. Tup..tup Rabu nie bagi tau..Taska akan ditutup pada 24.12.2012 maknanya aqil last kat taska tu Jumaat nie. Apa pun alasannya pihak pengurusan Taska telah menyusahkan ramai ibubapa dan memberi masalah kepada kami bagi pihak ibubapa.Letih aku..memikirkan kat mana nak letak Aqil minggu depan. Aku bukan tak nak cuti, klu aku kerja tak berkaitan dengan kewangan, boleh jer nak cuti. Tapi disebabkan aku bertanggungjawab memastikan bayaran hujung tahun nie selesai kenalah berkorban utk tidak bercuti.
Nasib baiklah, semalam aku tanya cikgu Taska baru aqil masa buat bayaran pendaftaran. "boleh ker nak transit selama 4 hari utk 2 orang (Aqil & Aniq). Dalam pukul 5.30 petang, cikgu call bagi jawapan. Alhamdulilah...mensukacitakan aku. Dua beradik tu diterima dengan bayaran RM130.00 untuk 4 hari. Alhamdulillah..lega rasanya. Terima kasih cikgu...jasa baik cikgu saya kenang. Kebaikan kejadian ini berlaku:-
1. Aniq boleh tengok Taska baru Aqil
2. Aniq dan Aqil boleh together2
3. Aqil boleh biasakan diri sebelum 2 Januari 2013 utk kelas Taska kat situ.
4. dan yang sewaktu dengannya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hai!!!