Get your own Digital Clock

Rabu, 17 Julai 2013

Tak pernah cuba ~ rupanya sedap jugak


Semalam, aku pening nak masak apa dengan sotong. Tetiba muncul idea..apa kata cuba masak lada hitam pulak. Gasaklah....cubalah dulukan. Tak cuba mana nak taukan.

Sotong Lada Hitam

Lepas nie, menu nie aku boleh ulang lagi. Rasanya memang sedap. Tak caya..cubalah ya puan-puan.



Isnin, 15 Julai 2013

Sahur...atas tilam.


Kisahnya begini, tetiba jer sahur pagi tadi. Aqil terkejut dari tidur...bangun jer dari tempat tido, dia terus dtg kat meja makan. Aqil tercegat sekejap..pastu terus menangis dengan kuatnya SBBNYA dia nak roti arab yang kat atas meja tadi. Aku bagi tau dia, siap dukung tunjuk pada dia Roti Arab Aqil ada dlm kuali utk bekal dia nanti. Tak di endahnya...dia tetap nak yang kita orang punya. Bukannya sekeping tapi 1 keping 1/2. Dahlah..abgnya tak mkn lagi. Nasib baik ada yang dlm kuali tu. Klu tidak haru-biru aku dibuatnya. 

Ingatkan..habis disitu jer...pastu dia bawak lari kat tempat tido. Ingatkan dia nak makan rupanya...haha...tengoklah gambar DI ATAS. PERANGAI sungguh lah budak nie. Tapi kami tengok sempat lagi dia makan dlm keadaan mata terpejam. Aqil..Aqil..klu bab makan nombor satu.




Projek Sabtu 5 Ramadhan


Waktu Tengahari

Try buat agar-agar NONA yang memang senang giler menyediakannya. Tak cayer..cuba buat gerenti jadiklah.

Nata de CoCo bahan tambahan

Agar-agar Sirap Nata De CoCo NONA

 Taraaa...dah siap. Dapat dua bekas nie jer. Ok, siap menu pertama.
Next..
-
-
 Waktu Lepas Asar

 Mee Sup Simple

Nie, pulak menu ke-2, mee sup simple. Resepi abah aku, memang sempoi dan mudah disediakan. Masa tengah2 hidang tu tak teringan nak ambik gambornya. Bila aku dah nak suap ke mulut baru terhegeh2 nak snap. Tu yang bercelaru sayur dan mee tu. Bahan2nya memang basic. Klu berminat bg tau ya. Rasanya semua orang biasa buatkan. Yang lebih terangkat makan bersama sambal cili kicap. Pehhh!!! tak toleh kiri kanan dah.

Next
-
-
 Waktu pukul 7.00mlm

Buah Melaka

Menu terakhir...last minute, buat sama-sama abg aku. Rasanya dah pukul 7.00mlm, lagi setengan jam nak berbuka. Habiskan, 1/2 lagi stok tepung pulut(entah2 dah expired). Buah Melaka nie, pucat lesi ya... tapi rasa mantop(kelapa yang disalut tu..tak berapa best sbb dah lama dlm peti ais)....hehehe.

Khamis, 11 Julai 2013

Ingat pesanan nie klu boleh berpesan-pesanlah katanya...(Dr. Mohammad Nawar bin Ariffin)



Tip kesihatan :-


1. Minum air secukupnya

2. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang (pesan Rasulullah)

3. Atasi stress dengan bijak

4. Jaga diri zahir dan batin (ikut landasan agama Islam yang telah ditetapkan)

5. Jangan merokok (haram)

6. Senyum 

 Insyaallah...akan diusahakan dengan IzinNya jua. Amin

Program Ceramah 11.07.2013 
oleh 
Doktor Mohammad Nawar bin Ariffin 

Tajuk: Tip kesihatan dalam Ibadah Puasa 
dari 9.30 pagi hingga 11.30 pagi


First day puasa - Gulai lemak cili api telur itik


Menjadi jugak Gulai aku tu, dan tidak ketinggalan air bandung cincau tu ya. Bersilat aku petang semalam. Alhamdulillah en. suami turut tolong sama (dia buat air bandung cincau). 

Oklah tu, yang penting nikmat berbuka puasa tu ada (kepuasan dari air tangan sendiri) serius aku tak membeli apa-apa pun walaupun kuih. Azam Ramadhan tahun nie, sebaik boleh tak nak membazir dan nikmatilah rezeki dengan seadanya (bukan kedekut ya). Bukan apa dari pengalaman lepas-lepas. Tak naklah jadi kebiasaan bila kita tidak puas hati dengan rezeki yang kita beli, kita mengomel2 tak baikkan. Elok2 nak tambah pahala terus surut tanpa kita sedari dek sbb apa yang kita beli tu tak setimpal dengan apa yang kita bayar. 

Eh...panjang pulak kisah gulai aku nie..hehehe!!!

Gulai lemak cili api telur itik

Gulai nie, agak lemak tapi tak pedas. Yerlah...sbb nak bg anak2 mkn sama. Gulai nie  digandingkan bersama ulam timun dan sambal tumis ikan bilis (nak bg pedas).

 Air Bandung Cincau

Haaa!!! nie dia air yang special dari biasa. Rasanya hari nie repeat lagi air nie...request dari Aniq. Oklah..aku ok jer....

-Alhamdulillah-
 


Rabu, 10 Julai 2013

Sembang petang..first day puasa


Memandangkan hari nie, first day puasa. Ramai pulak orang pergi ke pasar utk dapatkan bekalan dapur. Ingatkan semalam jer... yang ramai (Cc aku cerita). Rupa-rupanya sama jer keadaannya. Aku sebenarnya tak terfikir pun nak ke pasar hari nie. Tetiba jer, dlm pukul 9.00 pagi. Abg message, bagi idea mintak masak Gulai Lemak Cili Api telur itik utk lauk berbuka puasa. Alahai...kena jugaklah terjah pasar. Carilah bahan-bahan utama nak buat Gulai tu...sambil2 tu, beli jugaklah benda2 lain. Yang paling special aku beli hari nie ialah....cincau. ingat nak buat Sirap Bandung Cincau special utk Aniq yang berpuasa (favourate dia). Harap-harap plan nak masak dan buat air tu!!! menjadilah ya...hahaha. Takut lain yang aku  plan lain pulak yang aku buat. Aku bukannya betul sangat sbbnya hari nie aku tak berapa sihat. Tetiba jer..selsema hinggap kat aku semalam. Sampaikan nak sujud pun tak selesa..nak meleleh ajer. Tawakal ajerlah...maaflah yer kiri dan kanan andainya kehadiran aku buat orang lain tak selesa. Tapi keadaan aku taklah teruk sangat, masih under control.

Pagi nie, Aqil berlagak sikit. Tak nak bawak bekal biskut yang aku dah siapkan untuk dia. Tak perlah aku bawak jugak. Kononya dia nak beli kuih (kebiasaan setiap pagi). Sampai2 jer...dia tengok semua kedai tutup, wajahnya nampak keciwa. Tulah..ibu dah cakap tak nak percaya. Mungkin Aqil tak faham kot, bila kata kita semua puasa. Yalah..baru 5 tahun..tapi abg dia cepatlah pulak faham (anak-anak tak sama). Akhirnya....dia redha dan pasrah makan bekal biskut tu. Tak per ..esok ibu buat special utk Aqil ya (Yerlah tu..entah2 roti sapu marjerin jer).

Tadi adik aku telefon, dia plan nak balik Bentong berbuka bersama family kat Bentong 26 July 2013. Itu just perancangan, sbbnya manalah tau adik aku yang sorang lagi tu terbesalin awal. Makcik dan abah mesti turun Putrajayakan. Kita tukarlah pulak plan berbuka dekat Rumah Mira dan Are (boleh ker!!!). Tak kisahlah..mana-mana pun sama dan mana-mana pun boleh janji semua org happy.

Aku sebenarnya, tersangatlah mengantuk. Tadi melepek sekejap dekat meja sendiri (kepala jerlah). Dapatlah melepaskan kelat mengantuk aku nie. Aku dan amin bulan biasa dan bulan puasa masih pilih waktu yang sama WP2. Tapi kat sini ramai yang bertukar WP2 ke WP1 (bulan Ramadhan shj). Mungkin diaorang nak balik awal nak masaklahkan atau pun yang jauh nak sampai awal ke rumah.
Aku bukan tak nak tukar WP, tapi bila congak-congak selesa WP2 sbbnya Aniq waktu balik sekolah Agama pukul 5.00 petang. Tak der maknanya aku balik awal, still kena tunggu diakan. Jadinya baliklah seperti waktu biasa..pkl 5.00 ptg.

Rasanya..Insyaallah aku masih sempat masaklah, tapi nak lebih cepat abg aku kena turun padang jugaklah. Klu tidak sendiri mahu ingatlah ya.....keh!keh!keh! (bukan ugutan tapi peringatan).
oklah..setakat nie jer. Esok ke, lusa ke, tulat ke atau tungging ke klu aku ada masa dan idea aku membebel lagi yer atau aku tepek apa yang aku ada yer.




Selasa, 9 Julai 2013

Petang nie..semua dapat Telekung Sembahyang bagi Wanita, Lelaki dapat kain pelikat. Rezeki..mencurah-curah.

Aku pilih bunganya warna purple

Alhamdulillah....nak masuk bulan Ramadhan nie, banyak pulak dapat sumbangan dari pihak2 yang bermurah-hati. Syukur...semoga Ramadhan tahun nie banyak membawa keberkatan. First time, dapat sumbangan telekung sembahyang dari kelab Kementerian. Jadinya..berbaloi jugaklah bayar yuran tiap-tiap bulan. Nampak jugak hasilnya...boleh buat kenangankan..kan...

Oklah, masa pun dah nak masuk asar nie. Dikesempatan ini, saya sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Diharapkan segala kesilapan yang sengaja dan tidak sengaja dapat dimaafkan ya. Barulah...dapat keberkatan dalam menjalankan ibadah...kan..kan


08.07.13 - Gotong-royong packing kurma untuk agihan ahli Kelab ICT

Dah..siap utk edaran, cantikkan!!



Rabu, 3 Julai 2013

Bertukar.


Semalam sorang lagi sahabat kita ditukarkan ke Bahagian lain. Sebelum nie, dah dua orang sahabat kita ditukarkan ke Bahagian lain dengan alasan telah berkhidmat lama di Bahagian ini. Tak perlah..lepas nie, entah2 giliran aku pulak ya. Pasrahlah...terimalah dengan hati terbuka, walaupun pahit.... telan ajerlah. Harap2 pertukaran nie memberi angin baru dan kelainan pada semua sahabat2 ku.

Selasa, 2 Julai 2013

Berubah kasih


Kesian pada bebek Aqil yang satu nie. Telah dipinggirkan oleh tuannya. Aqil cakap dah tak sayang dan dah tak nak. Aqil baling-baling, disepak-sepaknya. Entah apa angin Aqil tak suka pulak bantal bucuk dia nie. Dah bertahun-tahun dia peluk dan teman dia kesana kemari tetiba jer tak suka dah. Yang peliknya bantal peluk yang lama tu yang dia peluk dan usung kesana kemari sekarang nie (tak bersarung pulak tu). Sampaikan klu pepagi tu, Aqil angkut 2 bantal peluk dan 1 bantal kepala letak dlm beg kuning (set baby zaman aniq lagi). Pening klu pagi-pagi dok melayan kerenah dia yang bukan-bukan.

bebek aqil 

Mungkin sebab dia dah besar kot. Dah malu nak berbebek nie. Bagus jugak, tak payah aku ajar. Sekarang nie, fully tak berpampers semenjak aku beli lapik getah utk tidur mlm. Alhamdulillah...Aqil budak yang mudah diajar. Setakat nie, sekali jer dia bocor, masa pertama kali cuba guna alas getah tu. Lepas dari tu, dia dah boleh control dah. Dah..JIMAT kan..kan






Isnin, 1 Julai 2013

Rezeki petang semalam....


Salam...

Semalam pulut daun palas sejuk beku yang aku order dah sampai. Petang tu jugak, aku kena ambil dekat rumah Cik A sbbnya peti ais rumahnya tak mampu nak tampung ketupat yang banyak tu. Sebenarnya, bukan aku sajer yang order..kawan-kawan yang lain pun order sama (utk bekalan bulan Ramadhan klu tak habis boleh guna utk raya sekali ya..)

Al-kisahnya...2 sahabat aku dekat pejabat mintak tolong ambilkan sekali oleh kerana terdapat sbb2 yang tidak dapat yang dielakkan. Oklah....sorang aku tolong simpankan dan sorang lg aku hantar dekat umahnya. Bila hulurkan ketupat dia..tetiba-tiba dia hulurkan Apam mini Cornetto. Alhamdulillah..rezeki anak-anak.

Banyak jugak dia bagi...mesti banyak dia buat

beginilah rupanya..bila kertas tu dikoyakkan, menarikkan!!!!

Aqil, action...

ngap..ngap !!! sedapkan. Terima kasih untie Yan.
Aqil, yang paling banyak makan apam nie ya.