Get your own Digital Clock

Rabu, 10 Julai 2013

Sembang petang..first day puasa


Memandangkan hari nie, first day puasa. Ramai pulak orang pergi ke pasar utk dapatkan bekalan dapur. Ingatkan semalam jer... yang ramai (Cc aku cerita). Rupa-rupanya sama jer keadaannya. Aku sebenarnya tak terfikir pun nak ke pasar hari nie. Tetiba jer, dlm pukul 9.00 pagi. Abg message, bagi idea mintak masak Gulai Lemak Cili Api telur itik utk lauk berbuka puasa. Alahai...kena jugaklah terjah pasar. Carilah bahan-bahan utama nak buat Gulai tu...sambil2 tu, beli jugaklah benda2 lain. Yang paling special aku beli hari nie ialah....cincau. ingat nak buat Sirap Bandung Cincau special utk Aniq yang berpuasa (favourate dia). Harap-harap plan nak masak dan buat air tu!!! menjadilah ya...hahaha. Takut lain yang aku  plan lain pulak yang aku buat. Aku bukannya betul sangat sbbnya hari nie aku tak berapa sihat. Tetiba jer..selsema hinggap kat aku semalam. Sampaikan nak sujud pun tak selesa..nak meleleh ajer. Tawakal ajerlah...maaflah yer kiri dan kanan andainya kehadiran aku buat orang lain tak selesa. Tapi keadaan aku taklah teruk sangat, masih under control.

Pagi nie, Aqil berlagak sikit. Tak nak bawak bekal biskut yang aku dah siapkan untuk dia. Tak perlah aku bawak jugak. Kononya dia nak beli kuih (kebiasaan setiap pagi). Sampai2 jer...dia tengok semua kedai tutup, wajahnya nampak keciwa. Tulah..ibu dah cakap tak nak percaya. Mungkin Aqil tak faham kot, bila kata kita semua puasa. Yalah..baru 5 tahun..tapi abg dia cepatlah pulak faham (anak-anak tak sama). Akhirnya....dia redha dan pasrah makan bekal biskut tu. Tak per ..esok ibu buat special utk Aqil ya (Yerlah tu..entah2 roti sapu marjerin jer).

Tadi adik aku telefon, dia plan nak balik Bentong berbuka bersama family kat Bentong 26 July 2013. Itu just perancangan, sbbnya manalah tau adik aku yang sorang lagi tu terbesalin awal. Makcik dan abah mesti turun Putrajayakan. Kita tukarlah pulak plan berbuka dekat Rumah Mira dan Are (boleh ker!!!). Tak kisahlah..mana-mana pun sama dan mana-mana pun boleh janji semua org happy.

Aku sebenarnya, tersangatlah mengantuk. Tadi melepek sekejap dekat meja sendiri (kepala jerlah). Dapatlah melepaskan kelat mengantuk aku nie. Aku dan amin bulan biasa dan bulan puasa masih pilih waktu yang sama WP2. Tapi kat sini ramai yang bertukar WP2 ke WP1 (bulan Ramadhan shj). Mungkin diaorang nak balik awal nak masaklahkan atau pun yang jauh nak sampai awal ke rumah.
Aku bukan tak nak tukar WP, tapi bila congak-congak selesa WP2 sbbnya Aniq waktu balik sekolah Agama pukul 5.00 petang. Tak der maknanya aku balik awal, still kena tunggu diakan. Jadinya baliklah seperti waktu biasa..pkl 5.00 ptg.

Rasanya..Insyaallah aku masih sempat masaklah, tapi nak lebih cepat abg aku kena turun padang jugaklah. Klu tidak sendiri mahu ingatlah ya.....keh!keh!keh! (bukan ugutan tapi peringatan).
oklah..setakat nie jer. Esok ke, lusa ke, tulat ke atau tungging ke klu aku ada masa dan idea aku membebel lagi yer atau aku tepek apa yang aku ada yer.




2 ulasan:

  1. kak ina, doa-doakanlah sya cepat bersalin eh, esok dh nk masuk 37 mggu dah. tak larat dah nak drive, hikhikhik. blh je dtg berbuka kat rumah, jgn malu2,hahaha

    BalasPadam

  2. Insyaallah...semoga dipermudahkan segala urusan. Amin..

    BalasPadam

Hai!!!