Get your own Digital Clock

Khamis, 11 Julai 2013

First day puasa - Gulai lemak cili api telur itik


Menjadi jugak Gulai aku tu, dan tidak ketinggalan air bandung cincau tu ya. Bersilat aku petang semalam. Alhamdulillah en. suami turut tolong sama (dia buat air bandung cincau). 

Oklah tu, yang penting nikmat berbuka puasa tu ada (kepuasan dari air tangan sendiri) serius aku tak membeli apa-apa pun walaupun kuih. Azam Ramadhan tahun nie, sebaik boleh tak nak membazir dan nikmatilah rezeki dengan seadanya (bukan kedekut ya). Bukan apa dari pengalaman lepas-lepas. Tak naklah jadi kebiasaan bila kita tidak puas hati dengan rezeki yang kita beli, kita mengomel2 tak baikkan. Elok2 nak tambah pahala terus surut tanpa kita sedari dek sbb apa yang kita beli tu tak setimpal dengan apa yang kita bayar. 

Eh...panjang pulak kisah gulai aku nie..hehehe!!!

Gulai lemak cili api telur itik

Gulai nie, agak lemak tapi tak pedas. Yerlah...sbb nak bg anak2 mkn sama. Gulai nie  digandingkan bersama ulam timun dan sambal tumis ikan bilis (nak bg pedas).

 Air Bandung Cincau

Haaa!!! nie dia air yang special dari biasa. Rasanya hari nie repeat lagi air nie...request dari Aniq. Oklah..aku ok jer....

-Alhamdulillah-
 


2 ulasan:

  1. Menawan ati sungguh kaler kuning tuh..sedapnya..

    BalasPadam

  2. Insyaallah..ada rezeki samapai ke bilik kau ya.

    BalasPadam

Hai!!!