Get your own Digital Clock

Selasa, 2 Julai 2013

Berubah kasih


Kesian pada bebek Aqil yang satu nie. Telah dipinggirkan oleh tuannya. Aqil cakap dah tak sayang dan dah tak nak. Aqil baling-baling, disepak-sepaknya. Entah apa angin Aqil tak suka pulak bantal bucuk dia nie. Dah bertahun-tahun dia peluk dan teman dia kesana kemari tetiba jer tak suka dah. Yang peliknya bantal peluk yang lama tu yang dia peluk dan usung kesana kemari sekarang nie (tak bersarung pulak tu). Sampaikan klu pepagi tu, Aqil angkut 2 bantal peluk dan 1 bantal kepala letak dlm beg kuning (set baby zaman aniq lagi). Pening klu pagi-pagi dok melayan kerenah dia yang bukan-bukan.

bebek aqil 

Mungkin sebab dia dah besar kot. Dah malu nak berbebek nie. Bagus jugak, tak payah aku ajar. Sekarang nie, fully tak berpampers semenjak aku beli lapik getah utk tidur mlm. Alhamdulillah...Aqil budak yang mudah diajar. Setakat nie, sekali jer dia bocor, masa pertama kali cuba guna alas getah tu. Lepas dari tu, dia dah boleh control dah. Dah..JIMAT kan..kan






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!