Get your own Digital Clock

Isnin, 30 Januari 2012

berdua sajer ~

Sabtu hari tu, anak2 dah ikut mak ngahnya. Tido semalam kat rumah dia orang sbb ahad ada majlis hari jadi anak sepupu aku. Jadi aku dan dia plan secara mengejut utk berfoya-foya kat KL. Bukan pergi mana pun, just nak makan nasi kandar dan cuci mata kat pasar malam Jln TAR. Dah lama betoi aku tak ke situ, semenjak dah berempat nie. Alhamdulillah, dengan izin Allah....dapatlah aku dan dia together2 ke situ.

Kami just park kereta kat stesen Sri Petaling utk naik LRT ke Masjid Jamek. Rasanya lebih cepat dan selamat memandangkan kami nak jln2 jer bukan nak memborong dan yang paling penting JIMAT. Eemm...rupa2nya sistem LRT pun dah bertukar yerk!!! dulu guna kad dan sekarang dah guna token, pastu kena beli kad mesin yang telah disediakan. Nampak sangat dah lama tak naik LRT yer....

Sampai..sampai jer terus gie makan Nasi Kandar yang diidam-idamkan(alhmdulillah). Dah kenyang jgn lupa tunaikan tanggungajawab dulu ya. Barulah tenang utk buat aktiviti berfoya2 kita orang. Sempatlah aku rembat 2 helai tudung dan aksesori pompuan. Syoknya..klu duit banyak waktu tu. Macam2 aku nak capai...rambang mata dibuatnya. Sabar..sabar...kuatkan iman jgn ikut nafsu nanti matik!!!!! Tapi tak per...klu ada umur dan rezeki boleh pergi lagi. Insyaallah..

Jumaat, 27 Januari 2012

Boleh..bukannya tak boleh!!!

Seronok betoi aku petang semalam. Sampai jer rumah tak sabar2 aku nak lihat hasil kek batik aku buat mlm rabu ari tu. Belum sempat buat benda lain terus aku membegakan kek batik aku utk minum petang. Yes..yes..berjaya jugak. Aku telah berjaya mendapatkan potongan kek batik yang kemas dan cantik. Lihatlah dunia..lihatlah...Eeeeee!!! poyor jer. Mungkin pada kau orang benda nie biasa jerkan. Tapi pada aku pulak luar biasa tau. Ingat senang ker nak dapat hasil mcm gini. Alhamdulillah...lepas nie, aku try buat benda lain pulaklah. Yer..yer Oooooo jer.



Kek batik

Bahan2 kek batik nie sama seperti yang aku post ari tu cuma aku tambah sukatan air dan milo tu jer. Lepas nie, aku tak perlu was2 lagi nak hidangkan kek batik pada kengkawan dan sesedara. Ina Ooiiii!!! bila pulak kau nak membatiknya...hahahahah!!!!!



Khamis, 26 Januari 2012

Cucur pisang + Soda Bikarbonat

Masa cuti tahun baru cina kau orang buat apa yer. Aku dan seisi rumah just lepak umah dan pusing2 kat area umah jer. Malas nak ke mana2, lepak kat umah ~ makan tido-makan tido. Nak ke kedai pun malas. Teruk betul!!!! So... bila petang teringin nak kudap2 sambil tengok tv. Sudahnya baru aku teringat dalam ais box ada pisang apa entah (ada biji). Aku dah sejuk bekukan pisang tu selama, ada sebulan kot. Jadi petang tu, aku guna separuh jer utk buat cucur pisang. Berbaki separuh lagi...??????.

Kali nie, aku buat cucur pisang letak soda bikarbonat. Sebenarnya...aku tak berapa pasti. Sama ada, letak baking powder atau soda bikarbonat bila nak bagi cucur nie montel. Aku pakai agak2 jer...aku guna soda. Boleh gitu..klu tak jadi dan tak sedap, sia-sia jerkan. Alhamdulillah...berkat keikhlasan aku, cucur pisang aku tu menjadi jugak. Beza tau..rasa cucur pisang ori dengan cucur pisang taruk soda atau baking. Tapi untuk mempelbagaikan juadah apa salahnyakan. Tukar2 selera dan rasa. Cuba perhatikan ....Cekodok Pisang Ori


Cucur Pisang + Soda


Rabu, 25 Januari 2012

Kek Batik ' versi aku

Nak tau tak apa yang menguatkan utk aku buat kek batik nie. Nie..semua kak lela punya pasal. Aku pun nak cuba buat kek batik sampai jadik. Seingat akulah, pernah sekali aku buat kek batik ikut resepi saper ntah. Dah bertahun lamanya..aku pun tak ingat bila. Yang aku ingat kek batik aku tu keras sikit, sampai masa nak potong telah menyebabkan loyang aku berbekas pisau ya. Bayangkanlah..kekerasannya. Tapi sedapppp!!!!

Jadik!!! utk ke-2 kalinya. Aku cuba buat guna sukatan sendiri berdasarkan resepi asas yang kak lela bagi. Alhamdulillah....jadik you. Tapi kena perbaiki lagi utk mendapatkan potongan kek batik yang cantik. Perlu keee????


Bahan-bahan yang aku guna, hanya ...apa yang penting sekali sebungkus biskut marielahkan. Secawan milo, 2 sudu besar serbuk koko, 2 sudu besar gula, 1 sudu besar marjerin, 1 biji telur dan 3/4 cawan air . Itu sahaja...
Aku masukkan semua bahan2 di atas tadi pastu kacau atas api sampai sebati. Pastu...leburkan semua biskut marie tadi. Haaa....dah siap utk ditekan-tekankan.


hasil tekan-tekan tu seperti gambar di atas. Pandai2lah nak guna aper. Aku guna aluminium foil jer utk alas loyang. Nak mudahkan masa keluarkan kek batik dari loyang. Memang mudah.........


Bila part potong-memotong nie leceh sikit. Susah sebenarnya nak dapatkan potongan yang cantik. Lepas nie aku nak try buat lagi. Aku akan pastikan potongannya akan lebih cantik dan kemas *entah bilalah tu?????



Jumaat, 20 Januari 2012

Khamis, 19 Januari 2012

bolehlah shopping `kat jusco dan parkson




Masa retreat hari tu, masa cabutan bertuah aku dapat hadiah misteri. Namanya jer misteri tapi takderlah misteri sangat. Rupa-rupanya dapat Baucar dari Parkson dan Jusco. Oklah...tu!!!! Alhamdulillah. Bolehlah beli-beli apa yang patut. TQ....tq