Jadik!!! utk ke-2 kalinya. Aku cuba buat guna sukatan sendiri berdasarkan resepi asas yang kak lela bagi. Alhamdulillah....jadik you. Tapi kena perbaiki lagi utk mendapatkan potongan kek batik yang cantik. Perlu keee????
Bahan-bahan yang aku guna, hanya ...apa yang penting sekali sebungkus biskut marielahkan. Secawan milo, 2 sudu besar serbuk koko, 2 sudu besar gula, 1 sudu besar marjerin, 1 biji telur dan 3/4 cawan air . Itu sahaja...
Aku masukkan semua bahan2 di atas tadi pastu kacau atas api sampai sebati. Pastu...leburkan semua biskut marie tadi. Haaa....dah siap utk ditekan-tekankan.
hasil tekan-tekan tu seperti gambar di atas. Pandai2lah nak guna aper. Aku guna aluminium foil jer utk alas loyang. Nak mudahkan masa keluarkan kek batik dari loyang. Memang mudah.........
Bila part potong-memotong nie leceh sikit. Susah sebenarnya nak dapatkan potongan yang cantik. Lepas nie aku nak try buat lagi. Aku akan pastikan potongannya akan lebih cantik dan kemas *entah bilalah tu?????
Nak rasa..buat ler lagi kak :-)
BalasPadamBoleh...
BalasPadamutk kau apa sajer!!!