Sabtu hari tu, anak2 dah ikut mak ngahnya. Tido semalam kat rumah dia orang sbb ahad ada majlis hari jadi anak sepupu aku. Jadi aku dan dia plan secara mengejut utk berfoya-foya kat KL. Bukan pergi mana pun, just nak makan nasi kandar dan cuci mata kat pasar malam Jln TAR. Dah lama betoi aku tak ke situ, semenjak dah berempat nie. Alhamdulillah, dengan izin Allah....dapatlah aku dan dia together2 ke situ.
Kami just park kereta kat stesen Sri Petaling utk naik LRT ke Masjid Jamek. Rasanya lebih cepat dan selamat memandangkan kami nak jln2 jer bukan nak memborong dan yang paling penting JIMAT. Eemm...rupa2nya sistem LRT pun dah bertukar yerk!!! dulu guna kad dan sekarang dah guna token, pastu kena beli kad mesin yang telah disediakan. Nampak sangat dah lama tak naik LRT yer....
Sampai..sampai jer terus gie makan Nasi Kandar yang diidam-idamkan(alhmdulillah). Dah kenyang jgn lupa tunaikan tanggungajawab dulu ya. Barulah tenang utk buat aktiviti berfoya2 kita orang. Sempatlah aku rembat 2 helai tudung dan aksesori pompuan. Syoknya..klu duit banyak waktu tu. Macam2 aku nak capai...rambang mata dibuatnya. Sabar..sabar...kuatkan iman jgn ikut nafsu nanti matik!!!!! Tapi tak per...klu ada umur dan rezeki boleh pergi lagi. Insyaallah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hai!!!