Get your own Digital Clock

Selasa, 29 November 2011

aku lebih suka yang ori....



Antara cekodok pisang yang ori dengan yang ditambah dengan bahan penaik, mana yang kau orang suka?
aku dan family lebih suka buat dan makan cekodok pisang yang ori..
maksudnya..tak der campur apa2 bahan lain.
aku hanya perlukan pisang yang masak, tepung gandum, gula dan garam
itu sahaja....hasilnya rangup diluar, lembut didalam
hik! hik! poyor jer kan...

Cekodok Pisang Ori..


Bukan senang tau... nak bancuh cekodok pisang ori nie. sbbnya klu terlebih tepung, adunannya bila digoreng jadi keras dan tak sedap. Klu terkurang tepung pun adunan jadi lembik dan serap minyak bila digoreng. Jadi pandai2 lah yer....



Cekodok pisang ori nie telah menjadi santapan family aku waktu pagi hari Sabtu ari tu. Ingatkan nak buat apam pisang, tapi niat ku tiba2 terpadam sbb "MALAS". Lain kali jerlah aku nak try buat apam pisang..
Tungguuuuuu!!!!!!!!! tapi entah bilalah tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!