Get your own Digital Clock

Khamis, 26 Januari 2012

Cucur pisang + Soda Bikarbonat

Masa cuti tahun baru cina kau orang buat apa yer. Aku dan seisi rumah just lepak umah dan pusing2 kat area umah jer. Malas nak ke mana2, lepak kat umah ~ makan tido-makan tido. Nak ke kedai pun malas. Teruk betul!!!! So... bila petang teringin nak kudap2 sambil tengok tv. Sudahnya baru aku teringat dalam ais box ada pisang apa entah (ada biji). Aku dah sejuk bekukan pisang tu selama, ada sebulan kot. Jadi petang tu, aku guna separuh jer utk buat cucur pisang. Berbaki separuh lagi...??????.

Kali nie, aku buat cucur pisang letak soda bikarbonat. Sebenarnya...aku tak berapa pasti. Sama ada, letak baking powder atau soda bikarbonat bila nak bagi cucur nie montel. Aku pakai agak2 jer...aku guna soda. Boleh gitu..klu tak jadi dan tak sedap, sia-sia jerkan. Alhamdulillah...berkat keikhlasan aku, cucur pisang aku tu menjadi jugak. Beza tau..rasa cucur pisang ori dengan cucur pisang taruk soda atau baking. Tapi untuk mempelbagaikan juadah apa salahnyakan. Tukar2 selera dan rasa. Cuba perhatikan ....Cekodok Pisang Ori


Cucur Pisang + Soda


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!