"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam"
Khamis, 31 Oktober 2013
Aniq nak jadi ~ pengawas
Tahun depan 2014 Aniq target nak jadi pengawas sekolah katanya. Yang tak tahan tu sekolah petang pun dia nak jugak jadi pengawas sekolah. Tengok muka dia masa bercerita tu, macam excited jer. Masa tu jugak, mintak ibunya nie doakan semoga dia berjaya. Bersungguh-sungguhnya...Aniq klu nak sesuatu. Cikgu dia bagi tahu, klu nak jadi pengawas mesti pandai dan mempunyai perangai yang baik. Tapi cikgu komen pasal Aniq pulak. "Aniq belajar ok tapi perangai nakal sikit". Hahaha!!!! tergelak kejap. Tapi Aniq bagi tahu ibunya nie, sekarang Aniq dah tak nak nakal2 lagi. Aniq..aniq..
Insyaallah..
Klu dah memang rezeki Aniq dapat jadi pengawas Alhamdulillah
Tapi klu tak dapat tak per..kan
Jadi biasa-biasa pun ok
Aniq tetap Aniqkan
Ibu doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu.
Insyaallah..
Rabu, 30 Oktober 2013
Senyap sunyi...
Assalamualaikum..
Suasana pagi nie agak sepi
Tidak seperti hari-hari biasa
Rasa office nie..kami yang punya
Hahahaha!!!!
Seronoknya..depa gie meeting kat sinun (Langkawi)
Balik jangan lupa ole-ole ya
Harap-harap ..impian saya nak miliki "?" tercapai
Insyaallah..klu rezeki tak kemana
Ahmad!!! jgn lupa yang saya order tu ya...
Selasa, 29 Oktober 2013
sebab tak online ep jer!!
Dari pagi semalam..sehinggalah sekarang
Belum ada kata putus
Tak taulah saya, apa kesudahannya
Ada.... meeting yang tak makan nie karang
Dahlah..jauh nun kat Langkawi tu
Tak pasal2 mintak sorang sikit bayarkan
Hahaha!!!!
Boleh ker gitu..
Saya masih menunggu..
Insyaallah..
Urusan dipermudahkan..
Isnin, 28 Oktober 2013
Ubah...sana sini
Assalamualaikum...
Nak story apa ya???
Ada story..tapi tak tau nak mula.
Oklah..story pasal one day saya dirumah
Dah..mosan dengan kedudukan perabot (mcm byk sangat hahaha!!!)
Ruang rumah susah sikit nak alih2 sbb kedudukan ruang adalah memanjang..
Pi..mai..pi..mai tang tu jugaklah...
Tapi..semalam, perubahan lain macam sikit
Sajer.. nak ngetes, kot-kot sesuai
Emmm!!! macam ok jer
Alhamdulillah..
Berwajah baru dan lain macam sikit..
Tak pernah cuba gaya yang satu nie
Jadinya..ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur ku
Sudah bertukar wajah...
Seronok rasanya...
Terima kasih en. suami yang banyak membantu
Jumaat, 25 Oktober 2013
Syukur
Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur AKU akan tambahkan nikmat-KU kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-KU amatlah keras - Surah Ibrahim:7-
Khamis, 24 Oktober 2013
Penyejuk mata, penyejuk hati....
Pandangan dari atas
Ini pokok hiasan (x tau nama) atas meja saya
Pemberian dari pegawai disini (terima kasih)
Suka tengok pokok hiasan nie..
Rasa fresh jer
Sejuk mata memandang
Kawan-kawan pun suka tengok dan pegang-pegang (selalu marah..nanti patah daun tu..)
Pandangan dari arah ???
Jadi terapi mata, tangan, jari dan bla..bla..bla..
Alamak!!! air tak bertukar lagi, nampak keruh sikitkan..
Batu keliling balang tu, diimport dari rumah (kutip dekat sungai)
Actually, saya nie..boring. Kawan-kawan semua Kursus di bawah. Tetiba dapat idea nak story pasal pokok hiasan nie. Sedangkan dah lama, pokok hiasan berada di depan mata ku ini. Oklah...
Rabu, 23 Oktober 2013
Tuah ayam nampak dikaki, Tuah saya siapa yang tahu..
Ingatkan dapat 2
-
-
Tapi 3 you
-
-
Ha..ha..ha!!!!
lihatlah dunia..lihatlah ("!")
Nie..bukan hasil, shopping dkt Langkawi atau cabutan bertuah ya
Tapi hasil kerja keras menjawab UJIAN GEGAR MINDA dan KERJA KUMPULAN masa Kursus Perolehan di Melakalah
Yang atas sekali tu Ujian 1 GEGAR MINDA ~ dapat markah ke 2 tertinggi
Yang tengah tu pulak ~ Kumpulan Terbaik yang dapat selesaikan semua soalan dalam masa 10
minit (ahli kumpulan sporting)
Yang bawah sekali tu Ujian 2 GEGAR MINDA ~ dapat markah paling tinggi
Alhamdulillah...... doa termakbul
Kali nie Kursus perolehan "Best
Kursus dari 20 Okt - 22 Okt 2013
Bertempat di Hotel Avillion Legacy Melaka
Kursus Pengukuhan Sistem eperolehan Siri 2 2013
Pergi Kursus kali nie memang best sangat...
Aktiviti kumpulan ada
Ujian Gegar Minda ada
2 jejaka
Yang bagi lecture pun tak boring
Siap dapat coklat... lagi
Bilik Hotel 840 nie cantik dan selesa
Sebilik dengan Kak Noni yang baik hati
Bilik kuliah pun cantik dan selesa
Gambar tak ambik
Makanan, biasa-biasa jer, mungkin tak kena dengan tekak dan selera saya yang suka pedas.
Jumaat, 18 Oktober 2013
Syukran..settle jugak masalah
Alhamdulillah..
Syukur kehadrat Ilahi kerana urusan kami dipermudahkan dengan Izinnya.
"Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan IzinMu, Ya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"
Jalan penyelesaian kepada masalah saya semalam dan settle hari ini. Syukur Alhamdulillah.
Insya Allah..
Ahad 20 Okt 2013, 10.00 pagi, kumpul di lobi pejabat.
Gerak together-gether dengan kengkawan office.
Destinasi kami ke Hotel Avillion Legacy Melaka
Semoga perjalanan kami berjalan lancar dan dipermudahkan.
......buat CC yang sudi tumpangkan kita. Semoga Allah memberi kemudahan kepada CC dunia dan akhirat.
Amin...
Khamis, 17 Oktober 2013
Fikir..fikir..
Tak best betul...
Bila kena pergi Kursus tak ada kenderaan disediakan. Jadi..mcm mana nak buat. Apa lagi fikirlah sendiri????
Ya Allah. Kau permudahkanlah urusanku dan hamba-hambaMu dunia dan akhirat. Amin..
Bila kena pergi Kursus tak ada kenderaan disediakan. Jadi..mcm mana nak buat. Apa lagi fikirlah sendiri????
Ya Allah. Kau permudahkanlah urusanku dan hamba-hambaMu dunia dan akhirat. Amin..
Rabu, 16 Oktober 2013
~ Apa yang saya bikin pada 9 Zulhijjah hingga Raya Korban
Hari nie, dah start kerja. Tapi, masih ramai lagi yang bercuti dan sekolah di sini juga masih bercuti. Oopppss..kecuali sekolah petang. Tahun nie, kami sekeluarga beraya di Teluk Intan, Perak. Meriah jugaklah..aktiviti kami disana. Raya Korban kali nie, mak mertua tak berapa sihat, jadinya kamilah yang berkorban menguruskan apa yang patut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Tahun nie, kami sekeluarga berkesempatan dengan IzinNya berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah. Rasanya..kawan-kawan dan saudara maraku pun tak melepaskan peluangkan..kan.
Sebelum citer pasal menu untuk pagi Raya Korban. Saya nak tepek citer pasal buat Kuih Badak Berendam untuk pencuci mulut masa berbuka puasa. Dah lama..search dekat mr. Google apa bahan dan cara nak buat. Cuma tak cuba jer lagi. En. suamilah yang mengidam nak makan kuih tradisional nie yang memang susah nak dapat. Akhirnya...impiannya menjadi kenyataan. Alhamdulillah, rezeki puasa sunat 9 Zulhijjah. Meh!! nak tepek sikit gambar kenangan..masa proses nak membuat kuih nie.
bahan yang digunakan untuk inti
kelapa parut
gula pasir
gula merah
pandan
bahan untuk doh pulak
tepung pulut
air secukupnya
bahan untuk kuah yang pekat
santan pekat
air
tepung gandum (bahan pemekat)
garam
daun pandan
-
-
Sumbatkan inti dalam doh. Saiznya lebih besar dari buah melaka. Bila semua dah settle, peringatan!! dulang nak letak doh-doh tadi sapukan minyak ya..supaya tak melekat.
Pastu, rebus semuanya ya. Bila dah terapung..bolehlah diangkat dan masuk pulak dalam air sejuk. angkat dan letakkan diatas dulang tadi yang ada minyak. Ketepikan...
Proses membuat kuah pulak, didihkan sehingga masak dan pekat. Perasakan dengan garam..bila semua dah ok. Masukkan semua doh2 tadi..biar mendidih sekejap. Angkat..tunggu hingga sejuk baru boleh makan ya sbbnya bila panas kuahnya belum memekat sepenuhnya.
Kuih Badak Berendam
Nie..dah sedia dimakan. Bersalut..dan nyumm!!nyumm!! rasanya manis, masin dan lemak. Alhamdulillah cubaan pertama yang berjaya.
Nie..dah sedia dimakan. Bersalut..dan nyumm!!nyumm!! rasanya manis, masin dan lemak. Alhamdulillah cubaan pertama yang berjaya.
* Terima kasih kepada En. Suami yang banyak membantu tanpa mu siapalah Kuih Badak Berendam..
Kih..kih..kih..
Kih..kih..kih..
-
-
-
Menu di Pagi Raya Korban
Nasi impit segera
Kuah Lodeh
Rendang Ayam
Dimakan bersama-sama
*Pada Hari Raya Korban kita hendaklah menikmati juadah setelah selesai Sembahyang Sunat Aidiladha
*Pada Hari Raya Aidilfitri pulak sebaliknya perlulah menikmati juadah sebelum menunaikan Sembahyang Sunat Aidilfitri
Jumaat, 11 Oktober 2013
Kerak Roti jadi Puding Roti bersama Coklat Chip
Salam Jumaat.
Hari nie, saya nak share pasal buat Puding Roti. Sebelum nie, saya pernah buat bingka roti. Apa bezanya? ada. Setahu saya, klu buat bingka roti adunannya ada campuran tepung. Manakala puding roti tak der campuran tepung. Rasa dan teksturnya pun memang berbeza. Tak caya!!! cuba buat. Pastu mesti percaya.
Saya juga nak share berkenaan teknik membakar Bingka Roti dan Puding Roti. Masa saya buat Bingka Roti saya bakar macam biasa. Tapi bila buat Puding Roti semalam, saya cuba teknik Bain Marie atau kata lain Double boiled @ Steam Bath. Secara teknikalnya adalah untuk mengelakkan adunan cepat hangus. Tu jer...tapi baguslah. Sajerlah, tukar teknik membakar. Tak try...tak taukan. Sbb klu tengok rancangan kat TV klu buat Puding Roti, mesti Chef tu buat teknik cam gini.
Sebenarnya...saya ada menyimpan stok kerak roti sebanyak 1 bekas airkrim. Hasil @ lebihan buat sandwish. Rasanya dan 1 bulan terbiar dlm peti ais. Nak dibuang sayang, rezeki tu.....!!!manafaatlah apa yang adakan. Nak tengok...
Kerak roti nie dan di bahagi 2. Untuk Next puding Roti ya.
Tiada sukatan khusus yang digunakan. Yang saya ingat, campurkan susu cair bersama air sikit + telur + garam + gula. Hiasan just guna coklat chip. Klu nak lembik sikit lebihkan susu cair ke..susu segar ke. Klu nak sedang2 ajer jgnlah susu tu menutupi roti2 tu. Klu nak wangi masukkanlah sedikit esen vanilla. Semalam...saya punya adunan macam nie....
Sebelum dibakar
Mula tu, tuangkan selapis pastu tabur coklat chip. Last sekali tuang semua adunan dan taburkan coklat chip sekali lagi. Jom kita intai, macam mana bakar secara Bain Marie...
Nampak tak ada air kat dlm dulang tu. Klu kering tambahlah ya....bakarlah sehingga masak dan permukaannya kekuningan
_
_
_
ting!!!ting!!ting!!
bunyi loceng tanda dah masak
-
-
Klu makan masa panas2 best jugak sbb Rangup di permukaannya
Puding Roti yang dah sejuk dan sedia dibekalkan utk sarapan kami sekeluarga pagi nie
~ Misi Puding Roti selesai ~
Rabu, 9 Oktober 2013
Daftar Awal ..settle satu masalah
Cuti Sekolah tak lama lagi kan..kan. Haa!!! dah fikir dah, mana nak transitkan anak-anak kita. Takkan...nak bawak ke Office sehingga cuti sekolah berakhir (tak patut-tak patut). Altenatif lain antaranya mesti hantar ke kampung, transit di tadika, kita bercuti panjang, tingggal di rumah atau lain-lainlah.
Aniq,
Saya dah daftar untuk dia sertai Kem Pemantapan Al-Quran Cuti Sekolah 2013. Alhamdulillah...Aniq masih berpeluang sekali lagi menimba ilmu di Masjid Putra dari 18 Nov hingga 13 Dis 2013 dengan yuran RM100.00. Sebenarnya di situ ada dua Kem. Yang satu lagi tu, Kem Tahfiz Al-Quran. Kem ini bermula dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat. Pada saya oklah...untuk Aniq habiskan masa-masa yang terluang disitu dari dia melangok jer, tak buat apa-apa. Cuma 2 minggu terakhir tu, Aniq free (buat aktiviti bebas).
Rasanya..pendaftaran masih dibuka. Siapa cepat dia dapat sbbnya tempat adalah terhad. Klu berminat boleh hubungi no nie ya 03-8888 5678.
Selasa, 8 Oktober 2013
OLe - OLe dari SaBaH
U-N-T-U-K
ANiQ & AQiL
SaYa SekeluArga & AdIK SekeLuaRga
SaYa & AdIk
T-E-R-I-M-A K-A-S-I-H
T-O-K A-Y-A-H & O-P-A-H
Isnin, 7 Oktober 2013
2 cawan D.A.P.A.T 14 biji
Inti karipap dah siap. Saya cuma guna kentang jer, tak der penyedap mcm ayam atau daging. Sajer nak test market. Reti ker buat karipap, selama nie tau makan jer kan..kan. Nak tergelak pun ada. Macam main masak-masak sorang-sorang. Geli hati...
Sebenarnya..masa buat inti dan doh, saya tak ikut sukatan pun. Just agak2 jer..berdasarkan pengalaman masa sekolah dulu-dulu tengok jiran sebelah rumah buat karipap. Kakak tu berniaga kuih dan lauk-pauk masa bulan puasa share dengan nenek berniaga kat pasar Ramadhan. Secara tidak langsung, kami pun terjebak masa sediakan kuih-muih dan lauk-pauk. Jadinya ilmu kelim karipap tu dapat dari situ ler...sampailah sekarang ilmu kelim karipap masih aku ingat dan berguna walaupun aku tak pernah buat karipap sendiri. Tapi kakak dan nenek yang aku maksudkan sudah pergi mengadap Ilahi (Al-Fatihah).
Berdebar-debar you, saya siap pesan dekat En. Abg klu tak jadi jangan marah yer. Poyokan mcm nak pergi periksa. Sebenarnya takut malu..hahaha!!!!!, tu yang sebenarnya.
Karipap inti Kentang
Sebelum jadi seperti di atas haruslah jalani proses seperti di bawah
-
-
-
sediakan inti
-
-
-
sediakan doh
-
-
-
doh dan inti disatukan
-
-
Alhamdulillah...karipap kentang menjadi juadah minum petang kami sekeluarga. Insyaallah, akan repeat lagi...^%^%^^entah bila????
Sukan Sekolah 2013 ~ ANIQ
Gambar kenangan Aniq masa sukan sekolahnya Sabtu 05.10.2013.
Kontijen Rumah Merah
Kontijen Rumah Kuning
Kontijen Rumah Hijau
Kontijen Rumah Unggu
(ada juga rumah sukan warna nie...tak ganas langsung)
Aniq dengan aksinya...
Tengah tunggu giliran utk acara golek bola dengan kayu hoki
Acara kedua, berlari dengan tempurung buatan hehe!!!
Aqil & Aniq
Khamis, 3 Oktober 2013
KuAh~kAcaNg~SeGeRa
Dalam hidup nie, klu dah senang nak senang lagikan. Betul tak? Zaman sekarang dah ada bermacam-macam produk yang segera. Mee segera tu, tak yah citerlah.... satu dunia dah tahu. Maksud saya, macam kuah mee bandung, tepung kek coklat segera, haaa..yg nie pun special, ketupat palas sejuk beku dan yang terkini bagi sayalahkan...kuah kacang segera.
Orang yang pertama yang perkenalkan saya dengan produk nie ialah mak mertua. Mak pesan dari kakak ipar dari Behrang. First time rasa kuah kacang segera nie, terus jatuh cinta. Macam buat sendiri, rasanya memang layan. tak yah susah-susah nak buat kuah kacang sendiri klu setakat nak cicah dengan cucur udang ke, apa ke tak kisahlah. Sekarang nie dah menjadi barang keperluan dlm peti ais. Agak-agak nak habis, cepat2 order. Pada saya, harga dengan kuantiti dan nilai yang kita dapat memang berbaloi-baloi. Kuah kacang segera tu, makcik yang jual tu pek mcm dibawah..
Kuah Kacang Segera
Klu tak silap, 1 bekas nie harganya RM7.00 @ RM8.00. Nie stok yang dibeli masa Hari Raya Puasa. Borong sampai 4 tapi dah dibagi bagikan rezeki nie tinggallah 2 bekas kat kita. Yang atas nie, stok akhir tapi dah order yang baru. Insyaallah raya haji pergi ambik. Ok sekarang saya tunjuk hasil setelah dipanaskan dan dicampurkan air ya.
Kuah kacang yang telah dimasak
Ok sekarang nak citer pasal rasanya pulak...pada saya rasanya pedas, manis cukup, masinnya cukup....kiranya cukup rasalah. Biasanya kami sekeluarga suka makan bersama cucur dan nasi impit. Memang layannnzzz...tak terkata. Poyokan....promosi tak berbayar hahaha!!!!
Rabu, 2 Oktober 2013
Tiada Duka Yang Abadi ~
Lirik Lagu ~ Opick ~
Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Klik sini utk dengar lagu Tiada Duka Yang Abadi
Selasa, 1 Oktober 2013
9 tahun ~ nikmati air cocktail bersama-sama
Salam,
Hari nie 1 Okt 2013, adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9 tahun. Alhamdulillah, syukur ke hadratNYA atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kami sekeluarga. Semoga kami beroleh kebahagian dan kejayaan dunia dan akhirat. Amin..
Jadinya..malam tadi aku buat menu special sikit...jeng!!jeng!!jeng, air cocktail jer pun utk kami nikmati bersama-sama. Cetusan idea nak buat air cocktail adalah dari sumi yang kawan office aku bagi minggu lepas kot klu tak silaplah. Terima kasih ya kawan....jom nikmati air cocktail yang aku buat yer...
Step pertama aku tuang 1 tin buah2 campuran. Nextnya aku masukkan sumi yang warna-warni tu. Sakit kuku aku mengopek plastik sumi nie. Tapi ada yang mudah dan ada jugak yang memang susah. Nak makan punya pasal kenalah kerja keras sikitkan.
Bila dah settle semua tadi tu, aku tuangkan susu cair dan nata de coco. Dahhh!!...siap boleh dimakan dengan senang hati ya...tak perlu letak air batu sebab bahan2 yang digunakan telah disejukkan. Alhamdulillah...settle. Aniq, request mintak lain kali buat lagi sbbnya nak makan banyak perut dah penuh. Emmm...akan dipertimbangkan, Insyaallah ada rezeki kita buat lagi ya.
Langgan:
Catatan (Atom)