Get your own Digital Clock

Rabu, 16 Oktober 2013

~ Apa yang saya bikin pada 9 Zulhijjah hingga Raya Korban

Hari nie, dah start kerja. Tapi, masih ramai lagi yang bercuti dan sekolah di sini juga masih bercuti. Oopppss..kecuali  sekolah petang. Tahun nie, kami sekeluarga beraya di Teluk Intan, Perak. Meriah jugaklah..aktiviti kami disana. Raya Korban kali nie, mak mertua tak berapa sihat, jadinya kamilah yang berkorban menguruskan apa yang patut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Tahun nie, kami sekeluarga berkesempatan dengan IzinNya berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah. Rasanya..kawan-kawan dan saudara maraku pun tak melepaskan peluangkan..kan.

Sebelum citer pasal menu untuk pagi Raya Korban. Saya nak tepek citer pasal buat Kuih Badak Berendam untuk pencuci mulut masa berbuka puasa. Dah lama..search dekat mr. Google apa bahan dan cara nak buat. Cuma tak cuba jer lagi. En. suamilah yang mengidam nak makan kuih tradisional nie yang memang susah nak dapat. Akhirnya...impiannya menjadi kenyataan. Alhamdulillah, rezeki puasa sunat 9 Zulhijjah. Meh!! nak tepek sikit gambar kenangan..masa proses nak membuat kuih nie.

bahan yang digunakan untuk inti 
kelapa parut 
gula pasir 
gula merah 
pandan 

bahan untuk doh pulak
tepung pulut
air secukupnya

bahan untuk kuah yang pekat
santan pekat
air
tepung gandum (bahan pemekat)
garam
daun pandan
-
-

Sumbatkan inti dalam doh. Saiznya lebih besar dari buah melaka. Bila semua dah settle, peringatan!! dulang nak letak doh-doh tadi sapukan minyak ya..supaya tak melekat.

Pastu, rebus semuanya ya. Bila dah terapung..bolehlah diangkat dan masuk pulak dalam air sejuk. angkat dan letakkan diatas dulang tadi yang ada minyak. Ketepikan...

Proses membuat kuah pulak, didihkan sehingga masak dan pekat. Perasakan dengan garam..bila semua dah ok. Masukkan semua doh2 tadi..biar mendidih sekejap. Angkat..tunggu hingga sejuk baru boleh makan ya sbbnya bila panas kuahnya belum memekat sepenuhnya.

Kuih Badak Berendam

Nie..dah sedia dimakan. Bersalut..dan nyumm!!nyumm!! rasanya manis, masin dan lemak. Alhamdulillah cubaan pertama yang berjaya. 

* Terima kasih kepada En. Suami yang banyak membantu tanpa mu siapalah Kuih Badak Berendam..
   Kih..kih..kih..
-
-
-
Menu di Pagi Raya Korban


Nasi impit segera

 Kuah Lodeh

 Rendang Ayam

 Dimakan bersama-sama

 *Pada Hari Raya Korban kita hendaklah menikmati juadah setelah selesai Sembahyang Sunat Aidiladha 

*Pada Hari Raya Aidilfitri pulak sebaliknya perlulah menikmati juadah sebelum menunaikan Sembahyang Sunat Aidilfitri




2 ulasan:

  1. erk... i makan sebelum depa pi solat raya dan selepas depa balik solat raya walaupun x leh solat. okla kan? hehehehe

    BalasPadam

Hai!!!