Get your own Digital Clock

Jumaat, 13 Januari 2012

Nak buat apa dengan ' tempoyak ya????

Pagi nie, aku nak post pasal 'Tempoyak'. Aku tau ramai yang suka makankan..kan. Tapi tak kurang juga yang tak gemar makan tempoyak. Yang peliknya 'Durian' makan pulak. Macammana tu ya????
Mcm abah aku jugaklah, makan durian tapi tak suka tempoyak tapi tu dulu. Tapi sekarang abah aku dah pandai makan tempoyak. Tempoyak nie, klu orang kreatif, mcm2 boleh buat. Yang paling pelik, pegawai kat office aku nie (lelaki). Dia buat nasi goreng tempoyak. Ada ker???? adalah kot. 

Oklah tak nak merepek lagi. Aku nak post pasai "Sambal Gode udang kertas". Aku dari kecik dah biasa dah menu2 berasaskan tempoyak nie. Mana taknya kami orang kampung dan orang susah. Makan ala kadar sahaja. Alhamdulillah..kami tetap bersyukur. Sambal Gode udang kertas nie, wan atau arwah ibuku selalu masak utk kami adik beradik. Sedap you..makan bersama nasi dan ikan goreng. Itu pun susah memadai dan memang syoklah!!!!

Meh!!! kita tengok macam mana rupa bentuk sambal nie ya.
-
-


Bahan nak buat sambal nie memang senang jer. Semua bahan2 memang ada kat dlm dapur kita. Apa yang kita perlukan hanyalah:-

  • kunyit hidup
  • cili padi
  • serai
  • tempoyak
  • daun kesum (klu suka)
  • garam dan gula
  • udang kertas
Kita hanya perlu tumbuk kunyit, cili padi bersama garam sikit. Titikkan serai tu jer. Masukkan semua bahan dlm periuk. Masukkan air sikit. Pastu biarkan mendidih dengan api yang sederhana sehingga masak dan pekat ikut citarasa masing2. Jangan lupa perasakan ikut suka kita. Senangkan?????

 Sambal Gode Udang Kertas

Dahhh...siap. Macam nielah rupa sambal gode udang kertas kita ya bila dah sejuk. Cubalah...aromanya  mesti boleh membangkitkan selera. Itu pun bagi mereka yang suka makan tempoyaklah.

Khamis, 12 Januari 2012

Sardin/Sosej Roll salut Telur

Aku buat utk makan malam semalam. Dah lama tak buat sardin roll salut telur. Sebelum nie, aku ada post kat sini pasal "Roti Sardin Gulung Rangup" yang nie takyah guna telur. Bolehlah jimat telur atau tak der alasan nak buat klu stok telur kat umah dah habis kan..kan.

Asalnya gini, aku ada lebihan sambal sardin (aku guna sardin PERTIMA). Nak makan nasi dengan sambal sardin lagi macam tak boleh nak pergi jer tekak nie. Perut pun tak berapa lapar. Fikir punya fikir""ting!!!! "dtglah idea nak buat benda ni". Jadi aku pun buat dua jenis satu versi pedas (sambal sardin) dan satu lagi versi utk budak2 (sosej ayam). Tak caya...cer tengok kat bawah ya.
-
-
-
-

Step 1
proses gulung roti bersama intinya (sambal sardin/sosej)

Step 2
salutkan roti bersama telur dan masukkan ke dalam minyak yang panas

Step 3
Angkat bila dah kekuningan dan tos atas tisu dapur. Nampak tak ada yang pendek dan panjang. Yang panjang tu sambal sardin dan yang pendek tu sosej (hasil malam semalam)
-
-
-
Pic yang bawah nie, aku ambik pagi tadi. Roti gulung sosej utk bekal sekolah aniq pagi tadi. Aku jemput tengahari tadi, bekal tadi habis licin. Siap request "aniq suka, nanti ibu buat lagi ya". Insyaallah.


* bebudak memang suka klu makanan yang comel2kan sbb tu aku potong2 roti sosej nie. Baru digoreng.

Pengat` Pisang muda - no choice

Kisahnya macam nie, masa aku balik Teluk Intan bulan lepaskan. Pak sedara abg aku ada bagi setandan pisang emas dan setandan pisang abu yang masih belum masak. Semuanya aku dah bahagi-bahagikan pada adik dan jiran2 aku kat umah nie. Tinggallah sesisir pisang emas dan sesisir pisang abu. Pisang emas dah selamat kami makan cam gitu jer. Tinggallah pisang abu yang tak reti2 nak masak. Terperam jerlah kat dlm kotak dan bertutup dengan surat khabar. Pelik benor, setiap hari aku selak. Tak der gaya nak masak pun. Tunggu punya tunggu!!!! hari berganti hari, minggu berganti minggu dan berganti bulan (sebulan jerlah).Hik!!hik!!

Akhirnya abg aku ckp cam gini "Buat jerlah pengat pisang". Pelik bebenor aku, tak pernah pulak seumur hidup aku makan dan masak pengat pisang guna pisang muda (bergetah lagi tu). Ate, aku ikutkanlah saranannya tu. Takkan nak buangkan. Sesisir tu!!!! rezeki..rezeki...meh kita tengok proses mcm mana aku buat pengat pisang muda nie. Jom!!!!


Pisang Abu yang muda bergetah


Pisang yang telah dibuang kulit dan dipotong-potong


Pengat Pisang muda yang sedia untuk dimakan


*klu guna pisang muda, pastikan rebus sampai empuk tau.
*gula kasi lebih sikit, nak bagi pisang tu manis, pisang mudakan kelat sikit.
*sedap dimakan klu mcm nie :-
  - masak mlm dan keesokannya baru makan(bagi kuah serap dlm pisang tu). 
  - Pastu sejukkan dalam peti ais memang best. Layanzzzzzz.


Khamis, 5 Januari 2012

Kuih Cek Mek Molek ~ bekal kami anak beranak pagi nie

Semenjak aniq dah masuk darjah 1 nie, start Rabu 4.01.2012 semalam. Aku dah kena standby bekal utk dia setiap pagi. Tak kisahlah aku sediakan sendiri atau beli. Setakat nie, aku masih bertahan utk sediakan sendiri. Semalam pagi aku bekalkan aniq nugget ayam. Hari nie pulak, aku bekalkan Kuih Cek Mek Molek hasil dari air tangan sendiri. Sebelum nie, aku pernah jugak buat tapi dah bertahun yer...dan blog aku nie pun belum wujud lagi. Oleh kerana itu, aku nak abadikan 'Cek Mek Molek' aku nie kat sini, utk kenang2an. Aku takut entah bila pulak aku nak membuatnya. Terukkan.....


Kuih `Cek Mek Molek

Rentetan cerita:-

Sabtu 31.12.11 Beli 3 ketul keledek Merah kat Pasar Putrajaya
Rebus malam tadi
Dohkan malam tadi (tepung gandum)
Bentukkan malam tadi (inti gula pasir)
Goreng pagi tadi
dah siap utk dibekalkan



Uniform Sesi Petang ~ 2012

Alhamdulillah Aniq berjaya mendaftarkan diri ke Sek. Ren. Agama An-Najah P.9. Semoga peluang yang Aniq dapat nie digunakan sepenuhnya utk menuntut ilmu. Dan bermulalah rutin aku dan dia keluar tengahari utk uruskan Aniq. Jom kita intai macam mana rupa Aniq bila pakai uniform.


Handsome jugak Aniq nie kan..kan..kan..

Jadual Waktu untuk Kelas Agama

Aniq, selamat belajar dan jadilah manusia yang berguna dunia dan akhirat. Amin



Selasa, 3 Januari 2012

Kuah Durian vs Pulut

Perasan tak? sekarang nie. Kat mana2 jer ada jual durian. Tapi tetap mahal jugak, nasiblah!!! klu dapat yang murah dan ok buahnya. Alhamdulillah..tahun nie, aku tak yah susah2 beli durian sbbnya masa aku balik Teluk Intan Perak ari tu. Dapatlah bawak beberapa biji hasil dari kebun Tok. Pastu..masa balik Bentong pulak abah aku simpankan berbiji2 durian pemberian dari jiran setaman. Masyaallah duriannya memang best...sampai tak larat nak makan. Akhirnya jadi tempoyaklah..buat stok setahun. Keh.keh..keh

Kesan dari peristiwa di atas, adalah beberapa ulas durian yang tidak habis telah disejuk bekukan. Setelah beberapa minggu...durian sejuk beku tersebut telah dibuat kuah durian atau "serawa". Peristiwa itu berlaku pada Sabtu pagi pun tak pagi sangatlah. macam ayat buat karangan sekolah dahhhh!!!!

Antara kami, ada seorang yang anti durian. nak tahu siapa???? Aqil. Ada ke patut dia kata durian tu busuk. Hai ..kesian anak aku soang nie. Rugi..rugi
Ate!!! sampaikan ais krim perisa durian pun dia tak nak makan lagi tak heran. Katanya busuk!!!!


Kuah durian bersama pulut

Rasanya semua pandaikan, macam mana nak masak kuah durian niekan. Cuma teknik dan rasanya sajer yang ikut selera dan kretiviti masing2. Setahu aku yang basic mesti ada durian, santan, daun pandan, gula dan sedikit garam. Ada jugak yang letak tepung jagung utk pekatkan kuah. Aku tak letak...sbb isi durian dah memang cukup utk pekatkan kuah. Pastu, dari segi rasa aku suka yang tidak terlalu manis..sedang2 ajer.
Ha..sibuk2 masak kuah durian, jgn lupa pulak tanakkan pulut mcm masak nasi jer. Cuma airnya tidak sebanyak masak nasi. Tu jerkan...