Get your own Digital Clock

Khamis, 12 Januari 2012

Sardin/Sosej Roll salut Telur

Aku buat utk makan malam semalam. Dah lama tak buat sardin roll salut telur. Sebelum nie, aku ada post kat sini pasal "Roti Sardin Gulung Rangup" yang nie takyah guna telur. Bolehlah jimat telur atau tak der alasan nak buat klu stok telur kat umah dah habis kan..kan.

Asalnya gini, aku ada lebihan sambal sardin (aku guna sardin PERTIMA). Nak makan nasi dengan sambal sardin lagi macam tak boleh nak pergi jer tekak nie. Perut pun tak berapa lapar. Fikir punya fikir""ting!!!! "dtglah idea nak buat benda ni". Jadi aku pun buat dua jenis satu versi pedas (sambal sardin) dan satu lagi versi utk budak2 (sosej ayam). Tak caya...cer tengok kat bawah ya.
-
-
-
-

Step 1
proses gulung roti bersama intinya (sambal sardin/sosej)

Step 2
salutkan roti bersama telur dan masukkan ke dalam minyak yang panas

Step 3
Angkat bila dah kekuningan dan tos atas tisu dapur. Nampak tak ada yang pendek dan panjang. Yang panjang tu sambal sardin dan yang pendek tu sosej (hasil malam semalam)
-
-
-
Pic yang bawah nie, aku ambik pagi tadi. Roti gulung sosej utk bekal sekolah aniq pagi tadi. Aku jemput tengahari tadi, bekal tadi habis licin. Siap request "aniq suka, nanti ibu buat lagi ya". Insyaallah.


* bebudak memang suka klu makanan yang comel2kan sbb tu aku potong2 roti sosej nie. Baru digoreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!