Mcm abah aku jugaklah, makan durian tapi tak suka tempoyak tapi tu dulu. Tapi sekarang abah aku dah pandai makan tempoyak. Tempoyak nie, klu orang kreatif, mcm2 boleh buat. Yang paling pelik, pegawai kat office aku nie (lelaki). Dia buat nasi goreng tempoyak. Ada ker???? adalah kot.
Oklah tak nak merepek lagi. Aku nak post pasai "Sambal Gode udang kertas". Aku dari kecik dah biasa dah menu2 berasaskan tempoyak nie. Mana taknya kami orang kampung dan orang susah. Makan ala kadar sahaja. Alhamdulillah..kami tetap bersyukur. Sambal Gode udang kertas nie, wan atau arwah ibuku selalu masak utk kami adik beradik. Sedap you..makan bersama nasi dan ikan goreng. Itu pun susah memadai dan memang syoklah!!!!
Meh!!! kita tengok macam mana rupa bentuk sambal nie ya.
-
-
Bahan nak buat sambal nie memang senang jer. Semua bahan2 memang ada kat dlm dapur kita. Apa yang kita perlukan hanyalah:-
- kunyit hidup
- cili padi
- serai
- tempoyak
- daun kesum (klu suka)
- garam dan gula
- udang kertas
Sambal Gode Udang Kertas
Dahhh...siap. Macam nielah rupa sambal gode udang kertas kita ya bila dah sejuk. Cubalah...aromanya mesti boleh membangkitkan selera. Itu pun bagi mereka yang suka makan tempoyaklah.
Terliur tengok sambal tempoyak ni. Bila nak bawak p opis kami kami rasa? Hehehehe
BalasPadamInsyaallah. Tak boleh nak janji..hehehe!!!
Padam