Get your own Digital Clock

Khamis, 12 Januari 2012

Pengat` Pisang muda - no choice

Kisahnya macam nie, masa aku balik Teluk Intan bulan lepaskan. Pak sedara abg aku ada bagi setandan pisang emas dan setandan pisang abu yang masih belum masak. Semuanya aku dah bahagi-bahagikan pada adik dan jiran2 aku kat umah nie. Tinggallah sesisir pisang emas dan sesisir pisang abu. Pisang emas dah selamat kami makan cam gitu jer. Tinggallah pisang abu yang tak reti2 nak masak. Terperam jerlah kat dlm kotak dan bertutup dengan surat khabar. Pelik benor, setiap hari aku selak. Tak der gaya nak masak pun. Tunggu punya tunggu!!!! hari berganti hari, minggu berganti minggu dan berganti bulan (sebulan jerlah).Hik!!hik!!

Akhirnya abg aku ckp cam gini "Buat jerlah pengat pisang". Pelik bebenor aku, tak pernah pulak seumur hidup aku makan dan masak pengat pisang guna pisang muda (bergetah lagi tu). Ate, aku ikutkanlah saranannya tu. Takkan nak buangkan. Sesisir tu!!!! rezeki..rezeki...meh kita tengok proses mcm mana aku buat pengat pisang muda nie. Jom!!!!


Pisang Abu yang muda bergetah


Pisang yang telah dibuang kulit dan dipotong-potong


Pengat Pisang muda yang sedia untuk dimakan


*klu guna pisang muda, pastikan rebus sampai empuk tau.
*gula kasi lebih sikit, nak bagi pisang tu manis, pisang mudakan kelat sikit.
*sedap dimakan klu mcm nie :-
  - masak mlm dan keesokannya baru makan(bagi kuah serap dlm pisang tu). 
  - Pastu sejukkan dalam peti ais memang best. Layanzzzzzz.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!