Get your own Digital Clock

Jumaat, 27 Ogos 2010

Roti Sardin Gulung Rangup

roti sardin gulung rangup


Hari nie, aku nak share ngan kawan2 semua mcm mana nak buat sardin roll yang rangup. Biasanya aku buat sardin roll salut telur. Tapi semalam aku cuba buat sardin roll tanpa salut telur. Kiranya kita boleh buat 2 versilah, nak salut telur atau tak nak salut telur.

Bahan :-
1 tin sardin (kecil)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji lada besar (buang biji dan potong kecil)
klu nak pedas masukkan 2 biji cili api
1 biji limau kasturi (diperah) boleh diganti dengan limau nipis atau asam jawa
1 biji telur (sebagai pelekat)
1 bungkus roti keping (bungkus kecil)


Cara:-
ambil kuali masukkan semua bahan2 di atas dan masakkan. Bila dah agak sebati dan masak, jgn lupa garam dan gula sikit ya!! pastu hancurkan sardin yg dlm kuali tu. Dah siap, ketepikan. Inti nie, kita boleh kreatif sendiri, boleh masukkan apa yg anda suka janji sedap bila dimakan.

Ok, klu nak buat sardin roll versi nie....kita kena gelek roti tu betul2 leper...baru jd tau. Ini supaya minyak tidak akan dapat menyerap pd roti tersebut utk mendapatkan sardin roll yang rangup. Macam biasalah... ambil 1 keping roti yang dah dileperkan, letakkan inti sardin ikut sukalah janji masa nak gulung roti tu inti tak terkeluar. Bila dah gulung ambil telur yang telah dipukul tadi disapu pada tepi dan kiri kanan roti supaya ia melekat dengan kukuh. Untuk mengelakkan inti terkeluar ketika menggoreng. Dah siap proses menggulung bolehlah digoreng dengan minyak yang banyak. Dah siap..........aku dapat inspirasi dari satu blog tu tapi aku terlupa nak save.


beginilah rupanya roti sardin rangup setelah diangkat dari kuali


6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ada satu lagi cara nak wat sardin gulung yang rangup. First memang kena gelek roti sampai nipis. Pastu masuk inti macam besa. 'Seal'kan roti pun pakai telur macam besa. Pastu celup dalam telur dan golekkan dalam oat. Pastu goreng. Rangup gak tuh..kita dah penah test..hehehehe

    BalasPadam
  3. wah...

    bestnya...bolehlah kita cuba utk versi roti gulung rangup bersama oat.

    Tq..tq.

    BalasPadam
  4. mengancam kalau belum makan lagi ekeke

    BalasPadam

Hai!!!