Get your own Digital Clock

Jumaat, 27 Ogos 2010

Roti Sardin Gulung Rangup

roti sardin gulung rangup


Hari nie, aku nak share ngan kawan2 semua mcm mana nak buat sardin roll yang rangup. Biasanya aku buat sardin roll salut telur. Tapi semalam aku cuba buat sardin roll tanpa salut telur. Kiranya kita boleh buat 2 versilah, nak salut telur atau tak nak salut telur.

Bahan :-
1 tin sardin (kecil)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji lada besar (buang biji dan potong kecil)
klu nak pedas masukkan 2 biji cili api
1 biji limau kasturi (diperah) boleh diganti dengan limau nipis atau asam jawa
1 biji telur (sebagai pelekat)
1 bungkus roti keping (bungkus kecil)


Cara:-
ambil kuali masukkan semua bahan2 di atas dan masakkan. Bila dah agak sebati dan masak, jgn lupa garam dan gula sikit ya!! pastu hancurkan sardin yg dlm kuali tu. Dah siap, ketepikan. Inti nie, kita boleh kreatif sendiri, boleh masukkan apa yg anda suka janji sedap bila dimakan.

Ok, klu nak buat sardin roll versi nie....kita kena gelek roti tu betul2 leper...baru jd tau. Ini supaya minyak tidak akan dapat menyerap pd roti tersebut utk mendapatkan sardin roll yang rangup. Macam biasalah... ambil 1 keping roti yang dah dileperkan, letakkan inti sardin ikut sukalah janji masa nak gulung roti tu inti tak terkeluar. Bila dah gulung ambil telur yang telah dipukul tadi disapu pada tepi dan kiri kanan roti supaya ia melekat dengan kukuh. Untuk mengelakkan inti terkeluar ketika menggoreng. Dah siap proses menggulung bolehlah digoreng dengan minyak yang banyak. Dah siap..........aku dapat inspirasi dari satu blog tu tapi aku terlupa nak save.


beginilah rupanya roti sardin rangup setelah diangkat dari kuali


Selasa, 24 Ogos 2010

Lompat Tikam

Lompat Tikam di dalam pengukus aku....

Siap untuk dihidangkan

Tak pernah terfikir aku nak buat kuih nie, sbb aku rasa macam remeh je. Tapi mengenangkan hari Ahad dan waktu masih panjang, lepas zohor aku dah masuk dapur
yalah...nak tido tak ngantok
pastu anak2 pun dah lelap ..........
termenung punya termenung, toing!! toing!! keluar idea nak buat kuih nie
sbb aku memang ada salin cara nak buat kuih lompat tikam nie.....Jumaat lepas

Jeng..jeng..jeng
~~~~~tung...tang...tung...tang~~~~~
dah siap......
-
Alhamdulillah selesai

Untuk pengetahuan kwn2
aku tidak mengikut sukatan asal, aku dah kurangkan sukatannya iaitu dari 1 cawan tepung kpd 1/2 cawan tepung dan seterusnya. Semua sukatan asal aku dah bahagi 2, sbb nak buat sikit je...nak:-
Try
-
Test
-
Tengok

Pastu aku tak masak atas api pun lapisan putih tu, aku langkau je, terus tuang atas lapisan hijau
dan kukus sampai masak
tak dilupakan jugak nak bg tau, aku tak guna pewarna sbb pandan yg aku dapat
dari kak. shidah tu sudah cukup menghijaukan
dan paling tak tipu memang harum pandan tu... pehhh!!!!!menyelerakan
tak caya gunalah pandan k.shidah (promosi bulan ramadhan) hehehehe.....jgn marah

Apa-apa pun alhamdulillah hasilnya memuaskan walaupun texturenya tidak sekemas
empunya resepi nie
Oklah....kan
Macam biasalah, kepada kwn2 yg nak cuba, bolehlah dapatkan
resepi nie kat cini Kuih Lompat Tikam

Puding Karamel

N3 kali nie...aku nak share pasal buat Puding Karamel, mungkin sesetengah dr kalangan anda2 semua mungkin dah tau dan pandai membuatnya, tapi aku dan segelintir kwn2 yg lain mungkin tak tau dan baru first time nak cuba (makan retilah) hehehe...

Ari tulah, aku terjumpa resepi puding Karamel nie kat blog periuktanah, agak simple dan mudah disediakan.

Memang dah lama aku nak cuba puding nie, tapi takut tak jd ...kui..kui..kui
dan....akhirnya aku berjaya sabtu ari tu, yeh..yeh..

puding karamel versi aku

rupa puding nie.....pelik sikit sbb aku guna mangkuk kaca yg buat mkn mee berkuah hehehe.....
nie..punca anak aku si aniqlah nie masa kecik2 ari tu, dok main ketuk2 loyang mak mertua aku tu sampai permukaannya dah tak rata....ate mcm mana gula hangus aku tu nak sama rata....kan
aku pun guna apa yg ada kat umah tu, loyang besar memang ada tapi tak muatlah pulak sbb aku ada pengukus rice cooker je.

korang nak tau tak!!!!!!
resepi puding nie, aku cuma guna pakai setakat bahan A je. Sajer nak test tak berani nak buat lapis2 mcm kat blog periuktanah tu. Budak baru belajarlah katakan......


***aku ada pesanan buat kawan2 yg nak cuba buat, tolonglah jgn sesekali nak cucuk2 puding nie, sbb hasilnya akan meninggalkan kesan. tengoklah gambar kat atas tu...ingatkan kesan cocok2 ilang tapi tak der mak nernya...

jadi moral of the story......tunggulah sampai cukup masanya.

Alhamdulillah, sampai jugak hajat aku nak buat puding nie.....kwn2 klu nak cuba buat, conform jadi dan sedap you....tak yah kiralah rupa puding aku nie, Insyaallah, nanti aku nak buat lain sbb tak puas hati ngan rupa puding aku yg ini......OOoppp!!! lupa lak nak potong utk lihat texturenya, takpelah lain kali ekkk.

Buat kawan2 yg nak cuba, klik sini je Puding Karamel. Ok selamat mencuba!!!!!!

Khamis, 19 Ogos 2010

Cucur Labu

Aku sebenarnya memang tak plan apa2 pun utk juadah berbuka semalam. Cuma terfikir nak buat kuih kaswi je...tapi tak jadi sbb kapur makan yg aku pesan kat liza tak ada (dah habis). Eemm....

Jadinya, petang semalam sampai je.. rumah aku terus terpandang "labu". Owh!!! labu...
Baru aku teringat aku ada labu yg diimport nun jauh dari "baling" kedah pemberian k.ita, aku dpt 1/4 dari sebiji labu tu.

Mula2 nak buat cucur labu je.....akhirnya aku buat keputusan 1/2 buat cucur labu & 1/2 lagi (dr 1/4 labu tu) buat gulai lemak putih labu, settle. Tanpa membuang masa aku nak cerita mcm mana aku bikin itu cucur labu. Biasa makan tak? aku tanya sbb abang aku tak pernah makan cucur labu nie. Nie..first time dia nak makan, apalah.......

-
-
Bahan2 nya:-
1 cawan labu yg telah direbus (buang kulitnya & lenyek)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
3 sudu besar kelapa parut (klu sukalah)
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil mauripan



beginilah rupanya setelah 1/2jam menunggu.....

Untuk mendapatkan hasil seperti di atas, mula2 masukkan labu, pastu gula dan garam kacau. Dah sebati masukkan tepung, kelapa, mauripan dan akhir sekali air. Gaul hingga rata dan sebati. Dah siap. Klu nampak mcm lembik ke..keras ke..tambahlah tepung @ air. (mcm adunan cucur yg biasa kita buat tu) pastu tutup dan ketepikan selama 1/2 jam, baru lah boleh digoreng seperti gambar di bawah.

keadaan cucur didalam kualiku


jeng..jeng..jeng!!! inilah dia cucur labu yang telah masak....
Penyudahnya...hidangan utk berbuka poser aku dan keluarga semalam ialah

menu
1. gulai labu
2. ikan masin tumis ngan (cili, bawang, tomato & air asam jawa)
3. cucur labu

Alhamdulillah.....terlaksana sudah menu utk semalam

Rabu, 18 Ogos 2010

Cucur Udang



HoOhoo.....haHahaH.....HiIiIiI......kuIkUiKuI !!!!!!!!!!!!








cucur udang didalam kualiku....

inilah hasilnya setelah diangkat dari kuali apabila cukup masak dan garing

Taraaa......siap dipotong dan dihidangkan
Haaa......nie entry ke-2 aku utk hari nie. Aku nak citer pasai cucur udang yg aku buat semalam.
Alhamdulillah menjadi......aku suka dan anak2 dan abg aku pun suka
Dah lama aku mencari resepi cucur udang yg sedap dan mudah utk aku sediakan.
Resepi cucur udang nie!!! pun... aku dpt dari blog secubitgaram tu.
Semalam buat cucur udang nie ikut sebijik-sebijik seperti resepi asal
cuma masa nak menggoreng tu je...aku ikut cara aku kui...kui...kui...
mula2 tu aku cubalah nak guna sendok....

tapi

hampeehhhhh!!!! melekat

sudahnya

aku guna tangan je.....senang....tak yah nak bersendok2
lihatlah hasilnya seperti diatas
bila dah selesai menggoreng.....aku kira2 dptlah dlm 12 ketol (sebesar penumbuk)
licin.....hehehe
oleh kerana hasilnya memuaskan, resepi nie aku nak share ngan kwn2 semua
yang berminat nak dapatkan resepi nie....utk buat kat umah

-
-
-

silalah klik CuCuR uDaNg.

Oklah kwn2 selamat mencuba!!!!!!


**sedap dan sesuai dimkn dengan sos Thai tau......tapi lg sedap klu ada kuah kacang**
(mak ai...kecur air liur aku)

Ayam masak merah berempah

Aku sebenarnya dah lama mencari kelainan utk masak merah sambal ayam,
sbb selalunya aku masak sambal merah ayam tak guna rempah2 nie.
Aku tak reti rempah apa yg boleh membuatkan sambal merah ayam nie jd sedap. Hehehehe.....jd petang Isnin ari tu..kat office (masa tu tengah free) aku terjumpa ler!!! resepi yg aku tengok mcm sedap jerrr!!! dlm blog nie
http://secubitgaramnor67.blogspot.com/ . Jadi dengan semangatnya, aku cubalah resepi ayam masak merah berempah nie, memandangkan bahan2 nya memang dah ada. Cuma aku tidak menggunakan serai dan bahan2 sampingan seperti resepi asal sbb dah malas nak ke (kedai).
-
-
-
Taraaaa......inilah hasilnya.

ayam masak merah berempah
***
Aku suggestkan kpd kwn2 semua cubalah.....memang sedap. Klu minat nak tau dan cuba resepi nie.... klik (aYaM mAsaK MeRah bEreMpaH)
-
-
Selamat mencubaaa!!!!!

Khamis, 12 Ogos 2010

Sagu Gula Merah

Selamat berpose semua......

-
-
Semalam kau org mesti pening memikirkan aper yg nak dijamu utk juadah berbuka posekan..kan. Semalam aku masak simple jerr.....memandangkan langkah2 berjimat yg perlu aku ikuti + mls nak kuar beli2 (hari cuti kot klu pegi pun). Semalam aku masak????eemm....mls nak citer.


SEBENAR..nya aku nak share resepi kuih sagu gula merah yg telah menjadi pemanis mulut kami sekeluarga semalam. Cubalah....sedap(kata anak aku lah) tapi memang sedap pun (kata akulah) hehehe.......



Bahan utama yg perlu ada:-
1. 2 bungkus sagu
2. 1 tin susu Cair
3. 1 cawan gula merah
Bahan utk masak gula merah:-
1. 1 cawan gula merah
2. 5 sudu besar gula pasir (boleh + klu suka manis)
3. secubit garam (secukup rasa)
4. 1cm kulit kayu manis (klu suka)
5. 1 sudu kecil tepung jagung (bg pekat)
6. 2 helai daun pandan (utk haruman)
7. 2 cawan air (ikut suka)

Caranya:-

Gula merah :- Semalam sblm aku masak sagu, aku masak gula merahnya dulu sbb tak perlu nak kacau. Kita cuma perlu tunggu sampai dia pekat dan masak je.
Utk sediakan gula merah tu, ambil periuk yg sesuai, pastu masukkan gula merah + gula pasir + garam + sedikit kulit kayu manis (klu suka) + daun pandan dan masukkan air (agak2..jelah anda kan tahu). Tenggek atas dapur dgn api yg sederhana sehingga menggelegak, pastu masukkan tepung jagung tadi. Bila dah agak2 pekat dan masak tutup api. Ketepikan..........

Sagu :- Lepas tu, guna periuk yg sesuai jugak utk masak sagu nie, aku cadangkan yg besar sbb senang nak kacau. Taukan mcm mana nak masak sagu......bagus!!! bila sagu dah masak, bolehlah masukkan ke dlm bekas. Ikutlah...suka anda, nak letak dlm bekas2 yg comel2 (senang nak mkn nanti) cth seperti gambar di atas.
** sepatutnya, sagu yg sudah masak hendaklah dibasuh dengan air sejuk utk membuang kanji nya bagi mendapatkan hasil yg cantikkk.....sblm dimasukkan ke dlm acuan. Jangan lupa tau!!!! (basuh)
-
-
- Aritu, aku tak basuh sbb nak makan sendiri dan memandangkan waktu berbuka sudah hampir. Tapi rasanya tetap sedap. hehehe!!!!!
Sediakan :-
Ambik sebekas sagu yg telah sejuk dan keras, keluarkan dan letak atas piring mcm kat atas tu, tuangkan gula merah dan susu cair tadi...nyum!!nyum!! bila sagu tu telah disejukkan dlm peti ais. Slmt mencuba yerrrr!!!!.
-
-

1st OgoS ~ sUn'dY mOrNiNg



Kami sekeluarga pagi-pagi lagi dah bersiap,
rasa nyer dlm pukul 7.00
dah gerak ke padang kat presint 9 tu, yang berdepan ngan
Petronas atau bersebelah
dengan
medan makan Teja klu tak silap lah.

Sebenar nyerrr.....Aniq ada sukan, Taska tempat dia belajar tu ada anjurkan sukan tahunan utk budak2 nie. Sajer...nak suka2 sambil kenal2 ibubapa, cikgu2, kwn2 anak dan kepada sesiapa yg terlibatlah...senang citer.
Banyak jugak acara budak2 nie, rasa nyerr!! masa tu bukan budak2 nie yg excited tapi makayah nye yg lebih heheheh......salah sorang nyer... aku lerrr!!!! kat bawah nie...adalah beberapa keping picture yg sempat aku ambil utk kenangan masa depan....
kUi!kUi!kUi!



-

-

Aniq tengah menikmati roti yg diberikan oleh cikgu dan dok kat tempat budak umur 5 tahun

lepas nangis sbb kwn dia potong barisan (cian.. aniq)

bersedia utk acara cari gula2 dlm tepung

tengok tu!!! terseksa tepungnya banyak sangat

hahaha.....sampai gitu sekali!!!! tapi utk acara nie, aniq dpt saguhati jerr.....jadilah

nie, acara ke-2 gelek bola dlm gelung rotan

utk acara nie....kumpulan aniq jd juara, tahniah aniq!!!!

Pengakhiran dari aktiviti nie, aniq dpt 2 hadiah saguhati dan 1 hadiah tempat pertama. Aniq dapat set alat2 tulis. Jadi nyer.....tahun depan tak yah beli. Jimat duit mak dier....hehehe!!!

Jumaat, 6 Ogos 2010

Azian dah khawin ~ Tahniah....

Rombongan cik kiah ke majlis perkahwinan azian di Kg. Sg Air Tawar, Sabak Bernam pada 24 Julai 2010.

Tahniah yerrr..Pn. azian dan En. suami hehehe!!!

wakil lelaki dari ICT yang hadir

wakil wanita2 yang jelita dari ICT yang hadir

eemmm.....semua tak sedia lg nie!!!

Haa... yang nie, baru cantekkk!!! semua posing cara tersendiri kui..kui..kui termasuk lerr Pn. Azian..manis senyuman nyerrrr.....

Ratu cantekk ICT hehehe...saper yg x der tu jgn jelous!!! tau...

posing yg menarik dari ratu2 ICT....klass gitu !!!
-
-
-
Kenangan bersama warga ICT travel ke majlis nie, menaiki bas pendek kementerian memang adventure sampai kematu `B` hehehe....tapi seronok dapat to' gether2. Aiza gadis manis..tQ belanja kami makan mee kari (memang mantap) dlm perjalanan.
utk keluarga pengantin terima kasih bebanyak sbb bekalkan kami mcm2 dan yg paling special hidangkan kami lauk2 pengantin yg sedap2 tu....nyumm2 (berbaloi-baloi). Buat Pn. azian dan En suami berbahagialah anda selagi hayat dikandung badan.

Rabu, 4 Ogos 2010

HaRi iNi.....lewat


Hari nie, aku 1 family lewat gara2 terlewat bangun...tu step 1, jenguk kat tingkap bilik, hujan sedang turun...tu step ke-2, anto anak naik kete jln sesak pulak...tu step ke-3, sampai je..depan taska bila matikan enjin kereta terus dah tak boleh nak start...tu step ke-4, start punya start..tak leh jugak, eeemmm....call osman kwn aku...tu step ke-5, dia sampai bwk jumper naik moto...ate?? try tolak tak jln jugak, man pergi ambik kete...tu step ke-6, perut aku memulas...gie ler melabur kat Petronas sebelah....temenung punyer temenung*^&^6 dah siap...bang!!! dah boleh start....YeRRRR!!!tu step ke-7 (tq man and kwn kau tu), anto Aniq gie... Tadika...tu step ke-8, pastu....kami pergi cari bateri baru lerrr!!! kat bangi depan PKNS Bangi. Terbang melayang-layang kertas bernama duit...nak wat cam no...step ke-9, akhirnya sampai juger aku kat tempat kerja punch card pukul 10.23 pagi`alhamdulillah semuanya dah selamat...step ke-10.
-
-
-
-
Bila direnungkan kembali apa yg terjadi hari nie, semua nyer...telah dimudahkan dengan izinNya. Syukur alhamdulillah..........