Get your own Digital Clock

Khamis, 19 Ogos 2010

Cucur Labu

Aku sebenarnya memang tak plan apa2 pun utk juadah berbuka semalam. Cuma terfikir nak buat kuih kaswi je...tapi tak jadi sbb kapur makan yg aku pesan kat liza tak ada (dah habis). Eemm....

Jadinya, petang semalam sampai je.. rumah aku terus terpandang "labu". Owh!!! labu...
Baru aku teringat aku ada labu yg diimport nun jauh dari "baling" kedah pemberian k.ita, aku dpt 1/4 dari sebiji labu tu.

Mula2 nak buat cucur labu je.....akhirnya aku buat keputusan 1/2 buat cucur labu & 1/2 lagi (dr 1/4 labu tu) buat gulai lemak putih labu, settle. Tanpa membuang masa aku nak cerita mcm mana aku bikin itu cucur labu. Biasa makan tak? aku tanya sbb abang aku tak pernah makan cucur labu nie. Nie..first time dia nak makan, apalah.......

-
-
Bahan2 nya:-
1 cawan labu yg telah direbus (buang kulitnya & lenyek)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
3 sudu besar kelapa parut (klu sukalah)
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil mauripan



beginilah rupanya setelah 1/2jam menunggu.....

Untuk mendapatkan hasil seperti di atas, mula2 masukkan labu, pastu gula dan garam kacau. Dah sebati masukkan tepung, kelapa, mauripan dan akhir sekali air. Gaul hingga rata dan sebati. Dah siap. Klu nampak mcm lembik ke..keras ke..tambahlah tepung @ air. (mcm adunan cucur yg biasa kita buat tu) pastu tutup dan ketepikan selama 1/2 jam, baru lah boleh digoreng seperti gambar di bawah.

keadaan cucur didalam kualiku


jeng..jeng..jeng!!! inilah dia cucur labu yang telah masak....
Penyudahnya...hidangan utk berbuka poser aku dan keluarga semalam ialah

menu
1. gulai labu
2. ikan masin tumis ngan (cili, bawang, tomato & air asam jawa)
3. cucur labu

Alhamdulillah.....terlaksana sudah menu utk semalam

2 ulasan:

  1. Kak, mauripan tu apa? X penah dengar pun..

    BalasPadam
  2. ada jual kat kedai runcit..

    bentuk dia berbiji2. Kau tanya je..tokey kedai tu. Conform dia tolong tunjukkan pd cik adik manis...

    BalasPadam

Hai!!!