Get your own Digital Clock

Khamis, 22 April 2010

Adab meraikan tetamu

Selamat datang!!!!

Sekiranya ada tetamu nak datang ke rumah, kita sebagai tuan punya rumah wajib bagi kita memuliakan mereka lebih-lebih lagi orang itu lebih tua dari kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Nak tau tak, memuliakan tetamu merupakan sunnah nabi dan rasul. Yang mana Nabi Ibrahim A.S antara rasul yang sangat memuliakan tetamunya, ada diceritakan dalam surah Adh-Dhariyat, ayat 24-27.

Dari itu, kita hendaklah bersikap terbuka apabila menerima tetamu tak kiralah siapa, bila, dimana dan pukul berapa (bergantung kepada situasi kejadian). Tapi apa yang penting kerjasama diantara 2 pihak. Ingatlah, memuliakan tetamu besar pahalanya.
Sumber diperolehi dari buku Pendidik (JAKIM) bil.97 Jan-Feb 2010.

Demam ya...

Alahaiii.....ciannya

Kesian anak ibu yang sorang nie, demamnya tak kebah lagi dari last week. Asyik On..Of..On..Of je, mungkin sebab selsema dan batuk sama kot. Nie, lepas pekena ubat demam dan susu sebotol terus tidur.

Rabu, 21 April 2010

Nak dekat dah!!!!!!!!!

Nielah sepupu aye. Nak jadi isteri orang dah bulan 5 nie. Yang baju merah tu adik bongsunya. Makan nasi minyak lagilah kita......yek. Sukalah...tu!!!!!!!!!

Happy day

Aku tak tau nak tafsirkan apa yang aku rasa hari nie. Aku rasa seronok sangat, lega semua yang happy2lah dlm hati nie. Ibarat berbunga-bunga terbang. Nampak tak..apa tak nampak, alamatnya tak lamalah tu..he..he..gurau je. Nak kata birthday.. bukan, aniversary pun bukan, dapat hadiah lagi bukan. Sebenarnya hanya aku je yang dapat mentafsirkan kegembiraan aku nie. Alamak!!! ada hamba Allah nie mengacaulah...ketika idea aku tengah mencurah-curah nie. Jap!!!nie kenal tak siapa orangnya. Nie ha..aku post dengan gambar secret admire dia sekali.

eh...malu-malu!!
Tadi my sister tepon dari Sabah. Dia nak balik bulan 5 nie ada sepupu yang paling rapat nak kawin. Bestnya semua dapat together...gether....

Selasa, 20 April 2010

Sambal sardin

Sardin PERTIMA

Ini sardin cap PERTIMA kegemaran kami sekeluarga ditanggung halal keluaran bumiputera. Malam semalam aku tak tau nak masak apa, perut dah lapar. Apa lagi...sardinlah menu yang cepat dimasak dan sedap dimakan.

sambal sardin

Jadi menu aku malam tadi, sambal sardin bersama sayur kobis goreng dan telur dadar. Jom!! tengok cara kami masak sambal sardin nie.

Bahan
1. 1 tin kecil sardin PERTIMA
2. 1/2 bawang besar (kuning)
3. Sebiji tomato (dipotong 6)
4. Air asam jawa (sesudu kecil)
5. Sedikit kunyit hidup
6. Cili padi (ikut suka)
7. Seulas bawang putih
8. Sebiji bawang merah (kecil)

Caranya:-

Bahan no. 5-8 ditumbuk. Lepas tu panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk tadi. Biar sedikit garing dan wangi. Pastu, masukkan sardin PERTIMA tadi. Kacau rata, curahkan air asam jawa tadi, biar mendidih sekejap. Bolehlah letakkan bawang kuning dan tomato tadi. Jangan lupa letak garam ya. Tunggu sehingga masak dan pastikan rasanya dah ok. Bolehlah diangkat dan dihidang. Gambar kat atas tu aku copy. Tapi seiraslah macam sambal sardin aku semalam. Kira oklah.

Isnin, 19 April 2010

Ida & keluarganya

Nie kawan aku masa bujang dulu, housemate akulah. Kami still contact dan jumpa. Tak aku gie umah dia, dia datang umah aku dan seterusnya. Lama dah tak jumpa si Ida nie, semenjak dia kena tukar ke Subang susah nak jumpa. Jumaat malam 16.4.2010 hari tu diaorang datang. Saja lepak-lepak dan borak-borak.


dinner time


tengok apa tu bang!!

Nie Haikal, Sofia (anak Ida & Wan) dan Aniq (Aqil dah tidur)


Aril & Mira

Majlis perkahwinan
diantara Aril (sepupu) dan Mira (adik) pada 27 Februari 2010
"semoga kalian kekal hingga ke akhir hayat"
-Amin-
Abah dan makcik, pengantin dan Aniq (suka menyelit)

Abang dah lapar sangatlah tu!! kami makan kat meja pengantin biasalahkan VIP

Bersanding untuk di tepung tawar tapi main suap pulut manis pulak (tukar cara)

Nak berarak tapi malu-malu nak berpegangan tangan

Sama cantik sama padan

Kat surau tunggu masa nak belarak

acara pembatalan air sembahyang

Dinikahkan oleh abang pengantin perempuan

Tengah menghafal ke..nervouslah tu

Khamis, 15 April 2010

Cuak jugak...


Semalam aku dan kengkawan pergi le cuci mata, ada jualan kat bawah office aku walaupun pulus enggak ada. Ada aku kesah!!he..he.., sampai je ke destinasi, aku and the geng jalan-jalanlah. Aku ternampak ada jualan buku untuk anak-anak yang baru nak belajar nie. So, bila aku tengok duit tak cukup pulak. Harga buku tu tak delah mahal sangat cuma RM10.00 untuk 3 buah buku (boleh ++). Terpaksalah aku keluarkan duit dari mesin. Tapi masa nak pergi draw tu, dengan sekali imbas aku nampak mesin tu tulis out off service (sebenarnya ok je). Frust aku, akhirnya aku pinjamlah duit dari si liza (tq), aku tersempak dengan dia masa tu. Akhirnya aku dapat juga beli buku tu, Aniq memang dah mintak dari minggu lepas lagi.

Pastu..kak wana pulak terbekenan pulak dengan satu tudung nie, memang cantik pun.. pulak-pulak sesuai dengan muka dia. Yang buat dia lebih minat nak beli tu..pasal kitaorg puji dia berbakul-bakul (ikhlas lagi suci tau).
Masa kat sinilah aku boleh buat lawak tapi cuak aku dibuatnya (!!//??). Aku sebenarnya memang niat nak lawak dengan dia tapi lain pulak jadinya. Nasib baik dia tak marah aku. Kalau tidak mati aku, bila dia cakap dia redha, lega aku rasa. Sorry dan terima kasih kerana sudi maafkan aku (dia nak balas dendam-takut!!!). Macam tulah kawan-kawan tak gitu. Lepas nie..aku tak naklah buat lawak bangang lagi. Sebenarnya..aku tak pernah pun nak berlawak macam tu, tapi entah kenapa semalam aku buat macam tu. Mungkin dah takdir kot.

Rabu, 14 April 2010

Ayat Kursi





Manfaat Ayat Kursi
1. Membaca ayat Kursi ketika kita berbaring, Allah SWT akan mewakilkan 2 malaikat memelihara kita hingga ke subuh.
2. Membaca ayat Kursi di akhir setiap solat fardhu, kita akan berada di dalam lindungan Allah SWT sehingga waktu solat yang lain.
3. Barang siapa yang mengamalkan ayat Kursi disetiap akhir solatnya, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara rumahnya dan rumah sekitarnya.
4. Bagi yang membaca ayat Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhunya juga, Allah akan menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan rahmat kepadanya.
5. Membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, maka Allah SWT akan mengutuskan 70,000 malaikat akan berdoa dan memohon keampunan baginya.
6. Apabila membaca ayat Kursi di akhir sembahyang, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7. Bagi sesiapa yang membaca ayat Kursi ini ketika di dalam kesempitan nescaya Allah akan berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasullullah S.A.W bersabda
"Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat"

Selasa, 13 April 2010

Menjaga gigi

Gigi dan senyuman yang sihat

Cara menjaga gigi-

1. Gosok > 2X sehari dan berkumur selepas makan.

2. Guna ubat gigi berfluorida atau gel untuk kuatkan struktur gigi.

3. Buat pemerikasaan gigi setiap 6 bulan.

4. Dilarang mengunyah ais dan membuka klip kertas dengan gigi.

5. Kurangkan pengambilan makanan yang manis kerana bakteria akan menghasilkan asid yang akan merosakkan gigi dan menghakis enamel gigi.

1. Sakit gigi ketika makan makanan manis, sangat panas atau sejuk.
2. Rasa tidak selesa dalam mulut punca dari bakteria yang terperangkap dalam rongga gigi.
3. Gigi berlubang
4. Gusi berdarah
5. Gusi bengkak, kemerahan dan sensitif
6. Gigi longgar
7. Gigi jarang (ruang antara gigi)
8. Nafas berbau
9. Nanah disekitar gusi dan gigi

Khamis, 8 April 2010

Petai oh!!! petai




Siapa suka makan petai?

Apa..? tak suka!! rugi. Kalau nak tau petai adalah ulam kegemaran ku dan seisi keluarga kami tak kira belah mak atau abah. Termasukkah seangkatan dengannya iaitu jering dan kerdas. Tak kiralah yang fresh atau yang dah bercambah. Sedap gila...menyelerakan. Banyak benda yang boleh dibuat dengan petai nie antaranya buat ulam,

dijeruk

disambal

dan digulai.

Memanglah... petai nie menghasilkan bau yang tidak menyenangkan (busuk)

pada bau mulut

kentut
dan ketika membuang air kecil atau besar.

Untuk pengetahuan, petai mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh badan tanpa kita sedari. Petai mengandungi 3 jenis gula yang dikombinasikan dengan serat iaitu:-
1. Sukrosa
2. Fruktosa
3. Glukosa
Ia juga kaya dengan vitamin A,B1, B2 dan C (vitamin C yang boleh membuat kita awet muda). Jom kita lihat apakah khasiat petai yang tidak kita ketahui:-

Biji petai
Ia dapat merawat masalah penyakit seperti dibawah:-

1. strok
Amalan makan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok.

2. Merokok
Bagi yang tak boleh nak tinggalkan rokok nie, cuba makan petai nie kerana ia dapat membantu individu yang nak berhenti merokok. Ini kerana vitamin B6, B12, kalium dan magnisium yang terkandung dalam petai nie boleh membuatkan mereka yang ketagih nikoten nie sembuh dengan cepat.
3. Anemia
Terdapatnya zat besi yang tinggi menstimulasi sel darah merah, sekali gus mengurangkan penderitaan pesakit anemia.

4. Sembelit

Kandungan serat yang tinggi dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Mengikut pengalaman saya dan family, petai memang melawaskan.


5. Kecing manis

Dipercayai dapat merawat penyakit kencing manis dan mencuci buah pinggang. Ini kerana, petai rasanyakan pahit. Lebih elok jika masak atau makan petai tu dengan kulit-kulitnya sekali. Akar(kulit akar) pokok petai juga boleh digunakan untuk merawat pengidap kencing manis dengan merebus akarnya. Amalkan meminum air rebusan tersebut setiap hari, Insyaallah paras gula dalam tubuh kita akan kembali normal. Ia juga baik untuk mereka yang mengalami bengkak buah pinggang dan mereka yang mempunyai masalah hati. Kalau bab kanak-kanak pula, petai dapat mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

6. Kegemukan
Ikut kajian yang dibuat oleh Institut Psikologi Austria. Kebanyakan individu akan mengambil coklat atau makanan ringan untuk mengurangkan tekanan kerja. Tanpa disedari mereka sedang berhadapan dengan masalah kegemukan

akibat pemakanan yang tidak sihat. Dengan amalan memakan petai nie, ia berupaya mengatasi masalah kegemukan. Mungkin makan petai nie, kita akan lawas dari segi pencernaan. Baik untuk usus kita.
7. Depresi
Petai mengandungi Trytophan yang berupaya mengubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

Daun petai

Boleh digunakan untuk merawat demam kuning, dengan merebus daunnya dan kemudian minum air rebusan daun petai tadi.

Gulai lemak batang keladi

Semalam aku cuti, jadi adalah masa nak masak gulai nie. Aku belajar buat gulai nie dari nenek belah maklah. Sebab diaorang memang suka masak gulai-gulai bertemakan sayur kampung nie. Bak kata kawan aku tu??????? sayur traditional kwang...kwang....kwang
Bahan utama
1. Seikat batang keladi (disiat kulitnya dan dipotong agak2 panjang 7cm
2. Santan (rm1.00)
3.Rencah (ikan bilis atau udang) ikut suka

Bahan tumbuk
1. kunyit hidup
2. cili padi
3. belacan
4. garam
*sukatan untuk bahan di atas agak-agak jelah berdasarkan kuantiti keladi

Bahan tambahan
1. daun kunyit (siat-siatkan)
2. asam keping (1 keping)


Cara-caranya:-

Sediakan periuk yang cukup muatan, masukkan keladi yang telah dipotong dan dibersihkan bersama rencahnya(ikan bilis/udang). Pastu masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Kalau malas blander je. Setelah itu, masukkan air sikit, daun kunyit pastu didihkan. Dah agak masak, curahkan santan tadi. Kalau nampak pekat tambahlah sedikit air. Timbok gulai tu sampai mendidih, pastu letaklah asam keping tadi. Akhir sekali rasalah gulai tu, kalau tak cukup masin tambahlah garam. Ikutlah citarasa masing-masing. Selamat mencuba!!!


Tapi semalam rencah aku ikan bilis je. Gambar di atas tu copy and paste je. Maklumlah handphone canggih sangat. Harap maklum.

Keliru

Mata nie dah nak rabun, asyik menukar background blog. Aduih...itu tak kena, ini tak kena. Maklumlah tengah seronok nak explore sana..explore sini. Alih..alih kandungan blog tak bertambah. Rugi..rugi...

Tak pelah...baru nak belajar dan mengenal. Janji kerja beres. Kalau ikut kan hati....hari-hari nak tukar background. Boleh jadi gila..bila tengok background yang cantik-cantik nie. Sabar!!!sabar...sabarkan separuh dari iman. Tau..takpe....

Isnin, 5 April 2010

Kelebihan bercium

Ahli perubatan mengatakan perbuatan berciuman itu baik untuk kesihatan. Tindakan seperti itu akan membuat kita senang dan efektif untuk melawan banyak penyakit.




1. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

2. Setelah berciuman , paru-paru bekerja keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ia baik untuk mencegah sakit paru-paru.

3. Sesetengah doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

4. Berciuman yang berlangsung 3 minit membantu kita melawan stress.

5. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya akan memiliki jangka hayat 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan.

6. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri dan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

7. Berciuman juga boleh membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan meningkatkan metabolis.

8. Ciuman yang penuh ghairah mampu membuat kulit lebih halus dan peredaran darah lancar kerana ciuman melibatkan 30 otot wajah secara tidak langsung mencegah pipi kendur.

9. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut dan selama proses itu, antibiotik akan terhasil melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan.

Awas!!!!!

Bahawa ciuman yang "halal" sahaja yang akan mendapat kebaikan dan keberkatan.

Jumaat, 2 April 2010

Anak Bongsu

nangis pulak
manisnya
alahai...pak lebai sorang nie

mana gigi

apa kene dengan bijik mata tu

dah..ok

pandang sapa tu

nak gie mana tu

dah sampai

baring time

dah lena

ala comelnya

kucak

schee...schee

apa yang tak kena lagi

sudah-sudah le tu

mak ai terpacak

ooo..pocot

bucuk-bucuk

kuatnya nangis..lapar susu ya

dah kenyang

2 beradik