Get your own Digital Clock

Khamis, 8 April 2010

Gulai lemak batang keladi

Semalam aku cuti, jadi adalah masa nak masak gulai nie. Aku belajar buat gulai nie dari nenek belah maklah. Sebab diaorang memang suka masak gulai-gulai bertemakan sayur kampung nie. Bak kata kawan aku tu??????? sayur traditional kwang...kwang....kwang
Bahan utama
1. Seikat batang keladi (disiat kulitnya dan dipotong agak2 panjang 7cm
2. Santan (rm1.00)
3.Rencah (ikan bilis atau udang) ikut suka

Bahan tumbuk
1. kunyit hidup
2. cili padi
3. belacan
4. garam
*sukatan untuk bahan di atas agak-agak jelah berdasarkan kuantiti keladi

Bahan tambahan
1. daun kunyit (siat-siatkan)
2. asam keping (1 keping)


Cara-caranya:-

Sediakan periuk yang cukup muatan, masukkan keladi yang telah dipotong dan dibersihkan bersama rencahnya(ikan bilis/udang). Pastu masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Kalau malas blander je. Setelah itu, masukkan air sikit, daun kunyit pastu didihkan. Dah agak masak, curahkan santan tadi. Kalau nampak pekat tambahlah sedikit air. Timbok gulai tu sampai mendidih, pastu letaklah asam keping tadi. Akhir sekali rasalah gulai tu, kalau tak cukup masin tambahlah garam. Ikutlah citarasa masing-masing. Selamat mencuba!!!


Tapi semalam rencah aku ikan bilis je. Gambar di atas tu copy and paste je. Maklumlah handphone canggih sangat. Harap maklum.

4 ulasan:

Hai!!!