Get your own Digital Clock

Khamis, 22 April 2010

Adab meraikan tetamu

Selamat datang!!!!

Sekiranya ada tetamu nak datang ke rumah, kita sebagai tuan punya rumah wajib bagi kita memuliakan mereka lebih-lebih lagi orang itu lebih tua dari kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Nak tau tak, memuliakan tetamu merupakan sunnah nabi dan rasul. Yang mana Nabi Ibrahim A.S antara rasul yang sangat memuliakan tetamunya, ada diceritakan dalam surah Adh-Dhariyat, ayat 24-27.

Dari itu, kita hendaklah bersikap terbuka apabila menerima tetamu tak kiralah siapa, bila, dimana dan pukul berapa (bergantung kepada situasi kejadian). Tapi apa yang penting kerjasama diantara 2 pihak. Ingatlah, memuliakan tetamu besar pahalanya.
Sumber diperolehi dari buku Pendidik (JAKIM) bil.97 Jan-Feb 2010.

4 ulasan:

  1. hujung mg ne nak dtg rumah boleh...

    BalasPadam
  2. Dipersilakan. No hal, i'am ready. Pukul berapa..bilang sama aye, boleh open table.

    BalasPadam
  3. Puan Aye, boleh x puan Aye tukar link ke blog kita tuh dengan nama arianur? Boleh la yer..please please please :) Mekasih..

    BalasPadam

Hai!!!