Siapa suka makan petai?
Apa..? tak suka!! rugi. Kalau nak tau petai adalah ulam kegemaran ku dan seisi keluarga kami tak kira belah mak atau abah. Termasukkah seangkatan dengannya iaitu jering dan kerdas. Tak kiralah yang fresh atau yang dah bercambah. Sedap gila...menyelerakan. Banyak benda yang boleh dibuat dengan petai nie antaranya buat ulam,
dijeruk
disambal
dan digulai.
Memanglah... petai nie menghasilkan bau yang tidak menyenangkan (busuk)
pada bau mulut
kentut
dan ketika membuang air kecil atau besar.
Untuk pengetahuan, petai mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh badan tanpa kita sedari. Petai mengandungi 3 jenis gula yang dikombinasikan dengan serat iaitu:-
1. Sukrosa
2. Fruktosa
3. Glukosa
Ia juga kaya dengan vitamin A,B1, B2 dan C (vitamin C yang boleh membuat kita awet muda). Jom kita lihat apakah khasiat petai yang tidak kita ketahui:-
Biji petai
Ia dapat merawat masalah penyakit seperti dibawah:-
1. strok
Amalan makan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok.
2. Merokok
Bagi yang tak boleh nak tinggalkan rokok nie, cuba makan petai nie kerana ia dapat membantu individu yang nak berhenti merokok. Ini kerana vitamin B6, B12, kalium dan magnisium yang terkandung dalam petai nie boleh membuatkan mereka yang ketagih nikoten nie sembuh dengan cepat.
3. Anemia
Terdapatnya zat besi yang tinggi menstimulasi sel darah merah, sekali gus mengurangkan penderitaan pesakit anemia.
4. Sembelit
Kandungan serat yang tinggi dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Mengikut pengalaman saya dan family, petai memang melawaskan.
5. Kecing manis
Dipercayai dapat merawat penyakit kencing manis dan mencuci buah pinggang. Ini kerana, petai rasanyakan pahit. Lebih elok jika masak atau makan petai tu dengan kulit-kulitnya sekali. Akar(kulit akar) pokok petai juga boleh digunakan untuk merawat pengidap kencing manis dengan merebus akarnya. Amalkan meminum air rebusan tersebut setiap hari, Insyaallah paras gula dalam tubuh kita akan kembali normal. Ia juga baik untuk mereka yang mengalami bengkak buah pinggang dan mereka yang mempunyai masalah hati. Kalau bab kanak-kanak pula, petai dapat mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
6. Kegemukan
Ikut kajian yang dibuat oleh Institut Psikologi Austria. Kebanyakan individu akan mengambil coklat atau makanan ringan untuk mengurangkan tekanan kerja. Tanpa disedari mereka sedang berhadapan dengan masalah kegemukan
akibat pemakanan yang tidak sihat. Dengan amalan memakan petai nie, ia berupaya mengatasi masalah kegemukan. Mungkin makan petai nie, kita akan lawas dari segi pencernaan. Baik untuk usus kita.
7. Depresi
Petai mengandungi Trytophan yang berupaya mengubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.
Daun petai
Boleh digunakan untuk merawat demam kuning, dengan merebus daunnya dan kemudian minum air rebusan daun petai tadi.
Tak pernah bawak pun?
BalasPadamPernah. Tapi kak wana yang tak ade. Nak wat cam no. Tak caya tanya jiran kat sini. Botui!!!
BalasPadam