Get your own Digital Clock

Khamis, 1 April 2010

Rawat Osteoartritis


Masalah yang biasa di hadapi oleh kita apabila meningkat usia ialah sakit lutut. Bagi golongan yang aktiv bersukan atau pernah mengalami kecederaan dan kemalangan juga boleh mengalami masalah ini. Osteoartritis (OA) disebabkan oleh kerosakan beransur-ansur tulang rawan pada satu atau lebih sendi, mengakibatkan sendi haus sehingga berasa sakit dan keradangan. OA juga boleh berlaku pada mana-mana sendi seperti tangan, jari atau leher tetapi yang kerap berlaku kerosakan ialah sendi di bahagian lutut, pinggul dan tulang belakang.

Tanda-tanda awal OA, merangkumi rasa sakit, kekejangan pada sendi, kehilangan fungsi pada lutut dan bengkak secara tidak langsung akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Terdapat beberapa pilihan rawatan antaranya pengambilan ubat tahan sakit seperti paracetamol, mengambil ubat antikeradangan bukan steroid (NSAID) dan akhir sekali melakukan pembedahan penggantian lutut. Rawatan terkini melalui suntikan terapi penggantian cecair Sinovium kurangkan kesakitan. Ia dikatakan lebih selamat berbanding kaedah pengambilan ubat NSAID atau terapi sistemik dan pesakit tidak perlu lagi mengambil ubat tahan sakit. Dengan satu dos pesakit bebas dari kesakitan sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Walaupun begitu, pesakit masih perlu melakukan teknik penjagaan sendi secara menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!