Get your own Digital Clock

Khamis, 31 Mei 2012

Spaghetti Sotong..ader ker???


Dah lama aku tak post tentang masak2kan. Naper yer??? sbb aku tak masaklah. Hahahaha!!!!!!!
Senang jer jawapannya, puncanya ialah:-

1. Mengelakkan makan, terutamanya nasik diwaktu malam.
2. Jaga kesihatan.
3. Kurangkan berat badan.
4. Malas.

Klu aku masak gerenti kena makan. Dan..danlah jadi lapar. Conform!!!punyalah. Anak2 klu lapar aku masak simple2 jer @ beli ajer. Klu aku @ abg lapar sangat2 pun, ikutlah buat lempeng ke, cekodok ke, roti ke..alah!!! aper2 jerlah kecuali nasik. Alhamdulillah..nampaklah hasilnya, bukan senang nak disiplinkan diri utk buat semua nie. Kecuali secara paksa hahaha...kejam punya orang. Tak pasai2 abg aku terlibat sama. Ok aper..peyot dia tu dah nak menonjol dah. kih!!kih!!

Semalam menu makan malam kitaorang ialah Spaghetti Sotong (seafood style). Simple giler..sib baik sodap. Aniq yang request, petang selasa ari tu. Aku rasa klu tak kerana Aniq, tak jadi spaghetti sotong tu hahaa!!!
Sebab apa spaghetti sotong??? sbb aku malas nak cincang ayam. Klu guna ayam cingcang yang segera tukan, aku tak suka sangat sbb rasanya yang tak manis dan tak sedap berbanding ayam yang kita cincang sendiri. Ngada2lah kau nie!!!!! betoi!!!

Bahan2 :-

1/2 dari sebungkus spaghetti
1 biji bawang besar (potong dadu)
4 ekor sotong segar (potong kelar2)
1 tin cawan butang
1 botol sos spaghetti saiz kecik (Kimball perasa original)

Cara:-

Rebuskan spaghetti dlm periuk nasi elektrik sehingga empuk (masukkan minyak sikit). Untuk sosnya pulak, panaskan minyak dalam kuali untuk tumis bahan2 tadi. Mula2 tumis bawang dulu. Bila bawang dah wangi masukkan cendawan yang telah dipotong nipis dan dibersihkan tadi. Pastu masukkan sotong tadi. Kacau2 sampai masak rata. Tuangkan sos spaghetti tadi, lebihan sos dlm botol tu kita goncangkan sikit dengan air. Biarkanlah sos tadi memekat ikut citarasa masing2. Klu nak berkuah, biarlah cair sikit. Klu suka pekat biarlah sos kering sikit. Dah siap...sedia utk dimakan. Yummy!!!


Spaghetti Sotong




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!