Get your own Digital Clock

Isnin, 21 November 2011

sambungan....Hari Keluarga KKLW 2011

Nie, aktiviti seawal 8.00 pagi
Panaskan badan...gitu. Aku tak join pun sbb baru lepas sarapan. Kalau nak tau, aku rumah Oren,
tu semua kawan2 serumahlah. Cantikkan T-Shirt warna Oren tu????


Bukan setakat aku dan amin jer..dapat baju. Aniq dan Aqil pun dapat, tapi kanak2 dapat
warna biru laut
Ada lagi yang menarik bebudak nie dapat....jom tengok gambar seterusnya


Taraaa!!! siap dapat tabung satu sorang. Comel..gitu.


Peserta-peserta harapan rumah Oren. Hik! hik! hik!


masa nie, Aniq tengah tunggu wisel untuk mulakan
acara arkitek muda..ok 1....2...3 mula


tak sia-sia...aniq berjemur ditengah panas, berbaloi2
aniq dapat tempat ke-3. Oklah.
Aniq dapat beg tu...tu!!!tu!! warna pink lagi.
tahniah...


Aku pun tidak ketinggalan, aku masuk acara bowling buah kelapa. Gambo tak der..ya.
Sepatutnya, game tu utk peserta VIP (Datin2, Isteri2 Datuk). Dah... diaorang tak nak masuk.
Terpaksalah...kami masuk. Jadi VIP kejap. Ha...kau, nasib baik aku dan
kwn2 berjaya mengalahkan set2 mak datin dan vip tu.
Mula 2 seri ngan Rumah kuning..bila lawan balik. Rumah Oren dapat mengatasi Rumah Kuning.
Best giler..masa tu. Al-maklumlah dah lama aku tak join sukan cam gini.
Tu...cuba tengok kat bawah. Hadiah yang aku dapat yang telah dipecahkan
oleh anak aku. Huk..huk..huk!!!


Tak perlah anak. Bukan rezeki ibu.
Nielah dia pesalah...tu. Buat muka kesian pulak dia.


Kami berempat menunggu nama utk dipanggil bagi cabutan bertuah. Best giler hadiahnya...
Namun..hingga ke saat-saat terakhir pun. Nama kami tidak disebut2. Kecewahe...
Tak per..tak per
huk!huk!huk!


Oklah...tahun depan klu ada lagi. Insyaallah kami nak join lagi!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hai!!!