Selalunyakan perkara yang kira rancang mesti tak menjadi. Tapi buat sesuatu yg tak dirancang pulak biasanya jadi jer. Abah akulah nie, pagi Isnin 28.11.2011. Dia kata jom gie tengok gajah kat Kuala Gandah.
Aku pun apa lagi, jomlah!!!! dah lama aku plan nak gie tapi tak tau bila. Ate bila dah sebut...tekan minyak jerlah. Adik aku pun ada sekali. Aktiviti cam gini, bila reramai baru syok.
So, dalam pukul 10.30 pagi lepas masak utk tengahari, kami pun bertolak. Taklah jauh sangat dari Bentong. Kami sampai awal jugaklah dlm kul 11.30 pagi gitu. Rupa2nya aktiviti dekat Kuala Gandah nie rancak bila waktu petang around pukul 2.30 ptg cam gitu. Mana kami nak tau, ate melanguklah kami menunggunya. Sementara menunggu tu, sempatlah anak2ku memberi anak2 gajah makan. Seronok jugak!! menengoknya.
Patutlah masa kami sampai org tak ramai, parking pun banyak kosong. Ingatkan tak der org nak datang. Rupa2nya kami yang salah time. Hikk!! hikk! amek kau. Klu kwn2 nak tau sebelum masuk kita kena daftar utk ambik stiker ya. Kami tak kena bayar sbb stiker kami hanya utk LAWATAN SAHAJA. Klu nak stiker aktiviti bersama gajah warna frame stiker tu warna kuning. Rasanya yang tu kena bayarlah.. agaknyalah. Aku perhatikan, stiker2 tu dapat kat pelancong oversea. Depa dah kebas stiker2 tu (booking awailah tu).
Tinggal beberapa minit jer lagi aktiviti2 bersama gajah nak mula, aqil dah meragam. Adoi!!! frust aku. Penat aku tunggu. Ater..nak kata apa lagi - BALIKLAH. Tak larat aku melayan kerenah dia, menangis nak susu. Sebenarnya mengantuk pun ya jugak. malam tu dahlah tidur lambat, bangun pulak cepat. Siapa suruhkan..kan...
Tulah payah kalau berjalan bawak anak2 yang masih kecik (kecik ke??) . Tapi ada hikmat disebalik anak aku meragam tu. Rupanya dalam perjalanan keluar dari Kuala Gandah tu, hujan mau turun. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan kami. Klu tidak!! masak kitaorang, basahlah jawabnya. Jauh jugak nak ke Parking tu. Tak per-tak per klu ada rezeki, kita ke KUALA GANDAH lagi yer...
Ok papai!!!!!!!
tengah tunggu stiker
senyum...
bagi anak gajah makan kacang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hai!!!