Get your own Digital Clock

Isnin, 30 Januari 2012

berdua sajer ~

Sabtu hari tu, anak2 dah ikut mak ngahnya. Tido semalam kat rumah dia orang sbb ahad ada majlis hari jadi anak sepupu aku. Jadi aku dan dia plan secara mengejut utk berfoya-foya kat KL. Bukan pergi mana pun, just nak makan nasi kandar dan cuci mata kat pasar malam Jln TAR. Dah lama betoi aku tak ke situ, semenjak dah berempat nie. Alhamdulillah, dengan izin Allah....dapatlah aku dan dia together2 ke situ.

Kami just park kereta kat stesen Sri Petaling utk naik LRT ke Masjid Jamek. Rasanya lebih cepat dan selamat memandangkan kami nak jln2 jer bukan nak memborong dan yang paling penting JIMAT. Eemm...rupa2nya sistem LRT pun dah bertukar yerk!!! dulu guna kad dan sekarang dah guna token, pastu kena beli kad mesin yang telah disediakan. Nampak sangat dah lama tak naik LRT yer....

Sampai..sampai jer terus gie makan Nasi Kandar yang diidam-idamkan(alhmdulillah). Dah kenyang jgn lupa tunaikan tanggungajawab dulu ya. Barulah tenang utk buat aktiviti berfoya2 kita orang. Sempatlah aku rembat 2 helai tudung dan aksesori pompuan. Syoknya..klu duit banyak waktu tu. Macam2 aku nak capai...rambang mata dibuatnya. Sabar..sabar...kuatkan iman jgn ikut nafsu nanti matik!!!!! Tapi tak per...klu ada umur dan rezeki boleh pergi lagi. Insyaallah..

Jumaat, 27 Januari 2012

Boleh..bukannya tak boleh!!!

Seronok betoi aku petang semalam. Sampai jer rumah tak sabar2 aku nak lihat hasil kek batik aku buat mlm rabu ari tu. Belum sempat buat benda lain terus aku membegakan kek batik aku utk minum petang. Yes..yes..berjaya jugak. Aku telah berjaya mendapatkan potongan kek batik yang kemas dan cantik. Lihatlah dunia..lihatlah...Eeeeee!!! poyor jer. Mungkin pada kau orang benda nie biasa jerkan. Tapi pada aku pulak luar biasa tau. Ingat senang ker nak dapat hasil mcm gini. Alhamdulillah...lepas nie, aku try buat benda lain pulaklah. Yer..yer Oooooo jer.



Kek batik

Bahan2 kek batik nie sama seperti yang aku post ari tu cuma aku tambah sukatan air dan milo tu jer. Lepas nie, aku tak perlu was2 lagi nak hidangkan kek batik pada kengkawan dan sesedara. Ina Ooiiii!!! bila pulak kau nak membatiknya...hahahahah!!!!!



Khamis, 26 Januari 2012

Cucur pisang + Soda Bikarbonat

Masa cuti tahun baru cina kau orang buat apa yer. Aku dan seisi rumah just lepak umah dan pusing2 kat area umah jer. Malas nak ke mana2, lepak kat umah ~ makan tido-makan tido. Nak ke kedai pun malas. Teruk betul!!!! So... bila petang teringin nak kudap2 sambil tengok tv. Sudahnya baru aku teringat dalam ais box ada pisang apa entah (ada biji). Aku dah sejuk bekukan pisang tu selama, ada sebulan kot. Jadi petang tu, aku guna separuh jer utk buat cucur pisang. Berbaki separuh lagi...??????.

Kali nie, aku buat cucur pisang letak soda bikarbonat. Sebenarnya...aku tak berapa pasti. Sama ada, letak baking powder atau soda bikarbonat bila nak bagi cucur nie montel. Aku pakai agak2 jer...aku guna soda. Boleh gitu..klu tak jadi dan tak sedap, sia-sia jerkan. Alhamdulillah...berkat keikhlasan aku, cucur pisang aku tu menjadi jugak. Beza tau..rasa cucur pisang ori dengan cucur pisang taruk soda atau baking. Tapi untuk mempelbagaikan juadah apa salahnyakan. Tukar2 selera dan rasa. Cuba perhatikan ....Cekodok Pisang Ori


Cucur Pisang + Soda


Rabu, 25 Januari 2012

Kek Batik ' versi aku

Nak tau tak apa yang menguatkan utk aku buat kek batik nie. Nie..semua kak lela punya pasal. Aku pun nak cuba buat kek batik sampai jadik. Seingat akulah, pernah sekali aku buat kek batik ikut resepi saper ntah. Dah bertahun lamanya..aku pun tak ingat bila. Yang aku ingat kek batik aku tu keras sikit, sampai masa nak potong telah menyebabkan loyang aku berbekas pisau ya. Bayangkanlah..kekerasannya. Tapi sedapppp!!!!

Jadik!!! utk ke-2 kalinya. Aku cuba buat guna sukatan sendiri berdasarkan resepi asas yang kak lela bagi. Alhamdulillah....jadik you. Tapi kena perbaiki lagi utk mendapatkan potongan kek batik yang cantik. Perlu keee????


Bahan-bahan yang aku guna, hanya ...apa yang penting sekali sebungkus biskut marielahkan. Secawan milo, 2 sudu besar serbuk koko, 2 sudu besar gula, 1 sudu besar marjerin, 1 biji telur dan 3/4 cawan air . Itu sahaja...
Aku masukkan semua bahan2 di atas tadi pastu kacau atas api sampai sebati. Pastu...leburkan semua biskut marie tadi. Haaa....dah siap utk ditekan-tekankan.


hasil tekan-tekan tu seperti gambar di atas. Pandai2lah nak guna aper. Aku guna aluminium foil jer utk alas loyang. Nak mudahkan masa keluarkan kek batik dari loyang. Memang mudah.........


Bila part potong-memotong nie leceh sikit. Susah sebenarnya nak dapatkan potongan yang cantik. Lepas nie aku nak try buat lagi. Aku akan pastikan potongannya akan lebih cantik dan kemas *entah bilalah tu?????



Jumaat, 20 Januari 2012

Khamis, 19 Januari 2012

bolehlah shopping `kat jusco dan parkson




Masa retreat hari tu, masa cabutan bertuah aku dapat hadiah misteri. Namanya jer misteri tapi takderlah misteri sangat. Rupa-rupanya dapat Baucar dari Parkson dan Jusco. Oklah...tu!!!! Alhamdulillah. Bolehlah beli-beli apa yang patut. TQ....tq



Selasa, 17 Januari 2012

tak yah nak fikir. Ikut sukalah ya...

Susah taw nak tau, sama ada suka atau tak suka
Susah juga nak tau boleh terima ke atau tak boleh terima
Susah taw nak tau, sajer ke atau kebetulan
Susah juga nak tau berniat atau tidak
Susah taw nak tau, apa yang tersirat dan yang tersurat


Apa-apa Jerlah Asalkan Itu Yang Boleh Buat gembira Dan Selesa



Isnin, 16 Januari 2012

Retreat 2012 ~ 13 Jan hingga 15 Jan dalam kenangan

Kami bertolak ke Glory Beach Resort lepas solat Jumaat. Sampai sana dalam pukul 3.15 petang. Aku kena datang awal dari kwn2 yang lain sbb aku salah seorang dari AJK penginapan. Bertanggungjawab mengagihkan kunci bilik dan pastikan peserta yang hadir dapat kunci bilik masing2. Aku jaga sampai pukul 6.30 petang jer sbb kami berganti.

Malam tu aku dah ada kelas sampai pkl 11.00 malam. Esok pulak sambung sampai pukul 3.30 petang. Pastu aktiviti family day dimulakan. Rasanya tepat pukul 5.00 petang sukaneka utk anak2 peserta dan 1 games utk dewasa. Banyak gambar retreat nie, tak sempat aku nak ambik. Aku ambik mana yang sempat jerlah..cukuplah sekadar tatapan masa depan. Sikit-sikit sudahhhhh!!!!!!



Aqil masuk acara kutip gula-gula bagi kanak2 berumur 3 tahun ke bawah. Aku siap masukkan baju aqil dalam seluar utk mudahkan aqil simpan gula2 tu nanti. Aku perhatikan aqil asyik kutip kiub2 jelly jer. Ate tu jer yang dia suka. Hehehehe!!!!!
-
-


Ha!!! banyak tu......hasil agak memuaskan. Syabas adik, nanti share ngan abang yer.

Yang abang pulak masuk game smatch Chong Wei. Kalah yer...tak perlah lain kali cuba lagi

Nie last games utk aniq. emm...tak silap aku namanya puzzle number. Peserta kena cantum dan susun nombor ikut urutan yang betul. Kalah jugak...tak perlah ya. Tahun depan aniq mesti menang pulak kan..kan. Jgn sedih tau!!!!

Malam pulak ada acara makan-makan. Memang tidak mengecewakan menunya. Cuma aku tak larat nak makan banyak2. Klu ikutkan hati....tak bernafas aku. Nie, gambar kenangan kat meja makan masa nie makanan tak boleh ambil lagi.

  nampak tak aniq pakai baju ala hero hindustan, malam tu aniq dan aqil masuk acara pakaian beragam. Aku masukkan nama diaorang utk dapatkan hadiah sagu hatinya yang memang best.

last sekali aku nak post gambar 2 beradik nie, mandi kolam sebelum bertolak balik



Jumaat, 13 Januari 2012

Nak buat apa dengan ' tempoyak ya????

Pagi nie, aku nak post pasal 'Tempoyak'. Aku tau ramai yang suka makankan..kan. Tapi tak kurang juga yang tak gemar makan tempoyak. Yang peliknya 'Durian' makan pulak. Macammana tu ya????
Mcm abah aku jugaklah, makan durian tapi tak suka tempoyak tapi tu dulu. Tapi sekarang abah aku dah pandai makan tempoyak. Tempoyak nie, klu orang kreatif, mcm2 boleh buat. Yang paling pelik, pegawai kat office aku nie (lelaki). Dia buat nasi goreng tempoyak. Ada ker???? adalah kot. 

Oklah tak nak merepek lagi. Aku nak post pasai "Sambal Gode udang kertas". Aku dari kecik dah biasa dah menu2 berasaskan tempoyak nie. Mana taknya kami orang kampung dan orang susah. Makan ala kadar sahaja. Alhamdulillah..kami tetap bersyukur. Sambal Gode udang kertas nie, wan atau arwah ibuku selalu masak utk kami adik beradik. Sedap you..makan bersama nasi dan ikan goreng. Itu pun susah memadai dan memang syoklah!!!!

Meh!!! kita tengok macam mana rupa bentuk sambal nie ya.
-
-


Bahan nak buat sambal nie memang senang jer. Semua bahan2 memang ada kat dlm dapur kita. Apa yang kita perlukan hanyalah:-

  • kunyit hidup
  • cili padi
  • serai
  • tempoyak
  • daun kesum (klu suka)
  • garam dan gula
  • udang kertas
Kita hanya perlu tumbuk kunyit, cili padi bersama garam sikit. Titikkan serai tu jer. Masukkan semua bahan dlm periuk. Masukkan air sikit. Pastu biarkan mendidih dengan api yang sederhana sehingga masak dan pekat ikut citarasa masing2. Jangan lupa perasakan ikut suka kita. Senangkan?????

 Sambal Gode Udang Kertas

Dahhh...siap. Macam nielah rupa sambal gode udang kertas kita ya bila dah sejuk. Cubalah...aromanya  mesti boleh membangkitkan selera. Itu pun bagi mereka yang suka makan tempoyaklah.

Khamis, 12 Januari 2012

Sardin/Sosej Roll salut Telur

Aku buat utk makan malam semalam. Dah lama tak buat sardin roll salut telur. Sebelum nie, aku ada post kat sini pasal "Roti Sardin Gulung Rangup" yang nie takyah guna telur. Bolehlah jimat telur atau tak der alasan nak buat klu stok telur kat umah dah habis kan..kan.

Asalnya gini, aku ada lebihan sambal sardin (aku guna sardin PERTIMA). Nak makan nasi dengan sambal sardin lagi macam tak boleh nak pergi jer tekak nie. Perut pun tak berapa lapar. Fikir punya fikir""ting!!!! "dtglah idea nak buat benda ni". Jadi aku pun buat dua jenis satu versi pedas (sambal sardin) dan satu lagi versi utk budak2 (sosej ayam). Tak caya...cer tengok kat bawah ya.
-
-
-
-

Step 1
proses gulung roti bersama intinya (sambal sardin/sosej)

Step 2
salutkan roti bersama telur dan masukkan ke dalam minyak yang panas

Step 3
Angkat bila dah kekuningan dan tos atas tisu dapur. Nampak tak ada yang pendek dan panjang. Yang panjang tu sambal sardin dan yang pendek tu sosej (hasil malam semalam)
-
-
-
Pic yang bawah nie, aku ambik pagi tadi. Roti gulung sosej utk bekal sekolah aniq pagi tadi. Aku jemput tengahari tadi, bekal tadi habis licin. Siap request "aniq suka, nanti ibu buat lagi ya". Insyaallah.


* bebudak memang suka klu makanan yang comel2kan sbb tu aku potong2 roti sosej nie. Baru digoreng.

Pengat` Pisang muda - no choice

Kisahnya macam nie, masa aku balik Teluk Intan bulan lepaskan. Pak sedara abg aku ada bagi setandan pisang emas dan setandan pisang abu yang masih belum masak. Semuanya aku dah bahagi-bahagikan pada adik dan jiran2 aku kat umah nie. Tinggallah sesisir pisang emas dan sesisir pisang abu. Pisang emas dah selamat kami makan cam gitu jer. Tinggallah pisang abu yang tak reti2 nak masak. Terperam jerlah kat dlm kotak dan bertutup dengan surat khabar. Pelik benor, setiap hari aku selak. Tak der gaya nak masak pun. Tunggu punya tunggu!!!! hari berganti hari, minggu berganti minggu dan berganti bulan (sebulan jerlah).Hik!!hik!!

Akhirnya abg aku ckp cam gini "Buat jerlah pengat pisang". Pelik bebenor aku, tak pernah pulak seumur hidup aku makan dan masak pengat pisang guna pisang muda (bergetah lagi tu). Ate, aku ikutkanlah saranannya tu. Takkan nak buangkan. Sesisir tu!!!! rezeki..rezeki...meh kita tengok proses mcm mana aku buat pengat pisang muda nie. Jom!!!!


Pisang Abu yang muda bergetah


Pisang yang telah dibuang kulit dan dipotong-potong


Pengat Pisang muda yang sedia untuk dimakan


*klu guna pisang muda, pastikan rebus sampai empuk tau.
*gula kasi lebih sikit, nak bagi pisang tu manis, pisang mudakan kelat sikit.
*sedap dimakan klu mcm nie :-
  - masak mlm dan keesokannya baru makan(bagi kuah serap dlm pisang tu). 
  - Pastu sejukkan dalam peti ais memang best. Layanzzzzzz.


Khamis, 5 Januari 2012

Kuih Cek Mek Molek ~ bekal kami anak beranak pagi nie

Semenjak aniq dah masuk darjah 1 nie, start Rabu 4.01.2012 semalam. Aku dah kena standby bekal utk dia setiap pagi. Tak kisahlah aku sediakan sendiri atau beli. Setakat nie, aku masih bertahan utk sediakan sendiri. Semalam pagi aku bekalkan aniq nugget ayam. Hari nie pulak, aku bekalkan Kuih Cek Mek Molek hasil dari air tangan sendiri. Sebelum nie, aku pernah jugak buat tapi dah bertahun yer...dan blog aku nie pun belum wujud lagi. Oleh kerana itu, aku nak abadikan 'Cek Mek Molek' aku nie kat sini, utk kenang2an. Aku takut entah bila pulak aku nak membuatnya. Terukkan.....


Kuih `Cek Mek Molek

Rentetan cerita:-

Sabtu 31.12.11 Beli 3 ketul keledek Merah kat Pasar Putrajaya
Rebus malam tadi
Dohkan malam tadi (tepung gandum)
Bentukkan malam tadi (inti gula pasir)
Goreng pagi tadi
dah siap utk dibekalkan



Uniform Sesi Petang ~ 2012

Alhamdulillah Aniq berjaya mendaftarkan diri ke Sek. Ren. Agama An-Najah P.9. Semoga peluang yang Aniq dapat nie digunakan sepenuhnya utk menuntut ilmu. Dan bermulalah rutin aku dan dia keluar tengahari utk uruskan Aniq. Jom kita intai macam mana rupa Aniq bila pakai uniform.


Handsome jugak Aniq nie kan..kan..kan..

Jadual Waktu untuk Kelas Agama

Aniq, selamat belajar dan jadilah manusia yang berguna dunia dan akhirat. Amin



Selasa, 3 Januari 2012

Kuah Durian vs Pulut

Perasan tak? sekarang nie. Kat mana2 jer ada jual durian. Tapi tetap mahal jugak, nasiblah!!! klu dapat yang murah dan ok buahnya. Alhamdulillah..tahun nie, aku tak yah susah2 beli durian sbbnya masa aku balik Teluk Intan Perak ari tu. Dapatlah bawak beberapa biji hasil dari kebun Tok. Pastu..masa balik Bentong pulak abah aku simpankan berbiji2 durian pemberian dari jiran setaman. Masyaallah duriannya memang best...sampai tak larat nak makan. Akhirnya jadi tempoyaklah..buat stok setahun. Keh.keh..keh

Kesan dari peristiwa di atas, adalah beberapa ulas durian yang tidak habis telah disejuk bekukan. Setelah beberapa minggu...durian sejuk beku tersebut telah dibuat kuah durian atau "serawa". Peristiwa itu berlaku pada Sabtu pagi pun tak pagi sangatlah. macam ayat buat karangan sekolah dahhhh!!!!

Antara kami, ada seorang yang anti durian. nak tahu siapa???? Aqil. Ada ke patut dia kata durian tu busuk. Hai ..kesian anak aku soang nie. Rugi..rugi
Ate!!! sampaikan ais krim perisa durian pun dia tak nak makan lagi tak heran. Katanya busuk!!!!


Kuah durian bersama pulut

Rasanya semua pandaikan, macam mana nak masak kuah durian niekan. Cuma teknik dan rasanya sajer yang ikut selera dan kretiviti masing2. Setahu aku yang basic mesti ada durian, santan, daun pandan, gula dan sedikit garam. Ada jugak yang letak tepung jagung utk pekatkan kuah. Aku tak letak...sbb isi durian dah memang cukup utk pekatkan kuah. Pastu, dari segi rasa aku suka yang tidak terlalu manis..sedang2 ajer.
Ha..sibuk2 masak kuah durian, jgn lupa pulak tanakkan pulut mcm masak nasi jer. Cuma airnya tidak sebanyak masak nasi. Tu jerkan...